Artikel

Cetak

Anugerah Kecemerlangan

Ditulis oleh Pentadbir.

syarahan

 

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor dan Penganugerahan Kecemerlangan UniSZA 2015 pada 31 Mac 2014 bertempat di Dewan Gimnasium, UniSZA Kampus Gong Badak. Majlis yang dihadiri oleh semua staf UniSZA ini dimulakan dengan penyampaian Syarahan Naib Canselor UniSZA oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Yahya bin Ibrahim. Majlis tersebut turut diserikan dengan penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013. Seramai lima orang staf Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah terpilih untuk menerima APC bagi tahun 2014. Para penerima anugerah adalah sepertimana berikut: 

 

fir                                                fauzi

                         Encik Mohd Firdaus bin Yahaya                                     Encik Mohd Fauzi bin Abdul Hamid

 

kaknashirah                 zurina               rozila

                  Puan Nashirah binti Hussin                Cik Zurina binti Khairuddin          Puan Rozilawati binti Mahmud

Dalam pada masa yang sama, tiga buah buku hasil karya pensyarah FBK telah mendapat pengiktirafan melalui Anugerah Buku UniSZA 2015. Buku yang berjudul Dinamika Pendidikan Bahasa Arab (Kamarul Shukri Mat Teh, Zulazhan Ab. Halim, Mohd Shahrizal bin Nasir dan Nurazan Mohmad Rouyan) telah memenangi tempat kedua dalam kategori Royalti Buku Tertinggi. Bagi kategori Royalti Terbitan PdP Tertinggi, buku al-Mu'in fi Ta'allum al-Lugah al-'Arabiyyah (Siti Salwa Mohd Noor, Mohd Ala-Uddin Othman, Norasyikin Osman dan Khoirunnisak Mat Saad) telah memenangi tempat ketiga manakala buku al-Murshid fi Ta'allum al-Lughah al-'Arabiyyah (Norhayati Che Hat, Siti Salwa Mohd Noor, Mohd Ala-Uddin Othman dan Mohd Fauzi Abdul Hamid) telah memenangi tempat pertama. Tahniah diucapkan atas kejayaan para penerima anugerah. Semoga pengiktirafan yang diberi menjadi suntikan semangat untuk terus berdaya saing dalam menghasilkan penerbitan yang bermutu pada masa akan datang.

 

ll Galeri ll