Artikel

Cetak

Majlis Anugerah Dekan 2014

Ditulis oleh Pentadbir.

mad

 

09 April 2015 - Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UniSZA, telah mengadakan Majlis Anugerah Dekan 2014 bagi meraikan kejayaan para pelajar semester II, sesi 2013/2014 dan semester I, sesi 2014/2015. Majlis turut memberi pengiktirafan kepada warga kerja fakulti yang cemerlang. Majlis Anugerah Dekan kali ini diadakan di Dewan Perdana UniSZA bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Sepertimana tahun lepas, pihak kedekanan FBK kali ini turut memberi beberapa khas untuk staf fakulti, iaitu Anugerah Penulis Cemerlang, Anugerah Penyelidik Cemerlang, Anugerah Jawatankuasa Cemerlang, selain dua anugerah yang baru diperkenalkan pada tahun ini khusus untuk pelajar, iaitu Anugerah Pelajar Cemerlang (Akademik) dan Anugerah Pelajar Cemerlang (Keusahawanan).

Majlis telah dirasmikan oleh Dekan FBK, Prof. Madya Dr. Mohd Nazri bin Latiff Azmi dan telah dihadiri seramai 400 orang pelajar dan kakitangan FBK. Selain daripada acara penganugerahan, majlis ini juga turut memberi peluang kepada para pelajar dan pensyarah untuk bertemu sebagai sebahagian daripada program mentor- mentee yang dijalankan sepanjang tahun.

Berikut merupakan senarai nama penerima Anugerah Khas:
1. Anugerah Penulis Cemerlang : Pn. Kamariah binti Yunus
2. Anugerah Penyelidik Cemerlang : En. Wan Abdul Hayyi bin Wan Omar
3. Anugerah Jawatankuasa Cemerlang : Jawatankuasa Hari Keluarga FBK 2014 (Ketua - Puan Nor Hafizah binti Abdullah)
4. Anugerah Pelajar Cemerlang (Akademik) : Nur Izzati binti Rozman
5. Anugerah Pelajar Cemerlang (Keusahawanan) : Ahmad Muzakhir bin Yusof

Pihak fakulti mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima Anugerah Dekan dan Anugerah Khas pada kali ini. Semoga semua warga FBK terus cemerlang pada masa akan datang.

 

ll Galeri ll