Artikel

Cetak

ICL 2015

Ditulis oleh Pentadbir.

web

Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin dengan kerjasama Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Prince of Songkla University, Thailand telah menganjurkan International Conference on Languages (ICL 2015). Persidangan ini telah berlangsung di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur selama dua hari iaitu bermula pada 10 Oktober 2015 hingga 11 Oktober 2015. ICL 2015 merupakan hasil kerjasama antara dua buah universiti ini dan ia dianjurkan secara berkala pada setiap dua tahun. Penganjuran seminar sebelum ini iaitu ICL 2013 telah dianjurkan di Phuket, Thailand.

 

Persidangan yang bertemakan 'Striving for Excellence: Overcoming Challenges in Language Teaching, Learning and Research' telah disertai oleh seramai 119 orang peserta dari dalam dan luar negara. ICL 2015 kali ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Haji Alimuddin Haji Mat Dom. Majlis perasmian ICL 2015 turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniSZA, Y.Bhg. Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad, Penolong Presiden bagi Hal Ehwal Antarabangsa dan Penyelidikan, Prince of Songkla University, Dr. Montira Leelakriangsak, Dekan FBK merangkap Pengerusi ICL 2015, Prof. Dato' Dr. Hj. Mohamed Anwar Omar Din dan Dekan Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Prince of Songkla University, Prof. Madya Dr. Parit Yinsen.

Pada majlis yang sama, para hadirin turut mengikuti sesi ucaptama pertama ICL 2015 yang disampaikan oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid bertajuk Holistic Approaches to Understanding the Human Languages Capasities (Logos and Glossa): Mastering Breakthroughs in Language Teaching and Learning. Manakala ucaptama kedua pula disampaikan pada hari kedua seminar oleh Prof. Madya Dr. Amon Saegmanee dari Mahidol University,Thailand.

Pada majlis penutup ICL 2015, Anugerah Kertas Kerja Terbaik telah dianugerahkan kepada dua orang peserta seminar iaitu Saudari Endah Tri Priyatni dari Indonesia dengan kertas kerja beliau bertajuk Contradictory Transformation of Amba Novel: Critical Response with Intertextuality Approach. Seorang lagi penerima anugerah merupakan pelajar siswazah UniSZA iaitu Saudara Abdul Muiz Azmi atas penghasilan kertas kerja beliau yang bertajuk Legal Languages as Metaphor in Nisah Harun's Novel Mencari Locus Standi: An Analysis. Majlis penutup diakhiri dengan bacaan resolusi seminar yang disampaikan oleh Dekan FBK. Rata-rata peserta memberikan respons yang amat positif terhadap penganjuran ICL 2015 dan diharapkan ia akan diadakan lagi pada tahun 2017 nanti.

 

ll Galeri ll