Artikel

Cetak

Sekolahku, Hospitalku 2015

Ditulis oleh Pentadbir.

banner

 

Pada 15 Oktober 2015, seramai lapan orang pelajar daripada program Pengajian Bahasa Inggeris dan Komunikasi (BEN), dan Pengajian Bahasa Arab (BAS) serta seorang pensyarah telah terlibat dalam program 'sekolahku, hopsitalku' anjuran oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Program ini dijalankan di hospital Sultanah Zahirah (HSZ) Kuala Terengganu dengan melibatkan pesakit kanak-kanak.
Seramai Sembilan orang kanak-kanak melibatkan diri dalam program ini yang bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Sesi pertama dimulai oleh pelajar BEN dengan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan rangsangan kognatif iaitu mengajar cara menyebut, mengeja, dan mengingati kembali jenis-jenis nama bunga dalam bahasa Inggeris. Di samping itu, aktiviti mewarna turut diadakan. Kaedah pengajaran menggunakan slide bergambar menjadikan sesi pembelajaran menarik dan seronok.


Dalam sesi kedua pula, pelajar BAS mengajarkan cara menyebut nama-nama anggota badan dalam bahasa Arab. Cara pengajaran yang menulis kembali bunyian Arab dalam bentuk tulisan Rumi memudahkan para pesakit kanak-kanak menyebut dan mengingatinya. Kaedah pengajaran menggunakan video animasi nyayian, dan main peranan menambahkan kefahaman serta mengukuhkan daya ingatan para pesakit bagi mengulang sebut nama-nama anggota badan dalam bahasa Arab.
Program ini bukan sahaja mendapat sambutan daripada pesakit malah turut mendapat reaksi yang baik daripada penjaga dan ibu bapa dengan menyertai program ini bagi memberikan galakkan kepada anak-anak mereka. Pada akhir sesi program ini, para pesakit diberikan hadiah sebagai penghargaan akan keterlibatan mereka dalam program ini.

 

ll Galeri ll