Artikel

Cetak

BENGKEL JURNAL PENERBITAN FBK

Ditulis oleh Pentadbir.

bengkeljurnal

Pengetahuan tentang tatacara penulisan artikel bermula daripada pembikinannya sehinggalah kepada pemilihan jurnal yang sesuai untuk penerbitan di dalamnya. Semua proses ini perlu diketahui dan dilalui oleh seorang penyelidik khususnya di peringkat institusi pengajian tinggi.

           Bagi memastikan para akademia mendepani proses penerbitan artikel ilmiah dalam jurnal berimpak tinggi dengan baik, pihak Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah menganjurkan Bengkel Jurnal Penerbitan FBK pada 20 Oktober 2015 bertempat di Hotel Tabung Haji, Kuala Terengganu.

 

          Bengkel yang dihadiri oleh semua pensyarah dan pelajar siswazah FBK ini dikendalikan oleh Y.Brs. Prof. Madya Dr. Saadiyah binti Darus dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah berkongsi tentang cara penulisan artikel yang bermutu dan memperkenalkan jurnal-jurnal yang boleh dihantar oleh para penyelidik dalam bidang Bahasa dan Komunikasi. Perkongsian artikel oleh para peserta dalam slot moderasi pula sangat berkesan dalam memahami elemen-elemen yang perlu ada dalam sebuah artikel yang baik seterusnya dapat diterima oleh jurnal-jurnal terindeks terutama SCOPUS dan ISI (WOS).

          Pada sesi petang pula, Y.Brs. Prof. Madya Dr. Saadiyah telah berkongsi input-input penting bagi merealisasikan usaha menghasilkan sebuah jurnal akademik yang menepati piawaian untuk diterima dalam indeks SCOPUS dan ISI (WOS). Menurut beliau, usaha untuk menerbitkan sebuah jurnal akademik memerlukan komitmen yang amat tinggi, bukan sahaja oleh para editor jurnal malah turut melibatkan para pewasit dan penulis artikel.

          Bengkel sehari ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan & Siswazah), FBK iaitu Y.Brs. Dr. Kamariah binti Yunus dan ia berakhir pada pukul 5.00 petang.

 

ll Galeri ll