Cetak

Sanggar Kerja Fakulti Bahasa dan Komunikasi 2015

Ditulis oleh Pentadbir.

 

Kejayaan dalam sesuatu sistem pembelajaran amat berkait rapat dengan peranan seorang pensyarah. Tugas pensyarah tidak hanya terletak pada tanggungjawab mendidik para pelajar, malah para pensyarah juga bertanggungjawab meneroka dan berkongsi ilmu baharu menerusi penyelidikan yang dijalankan.

Menyedari hakikat akan kepentingan bidang pendidikan dan penyelidikan ini, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah mengadakan Sanggar Kerja bertempat di Hotel Grand Riverview, Kelantan. Sanggar kerja tersebut telah diadakan pada 19 hingga 21 November 2015 dan telah dihadiri oleh para pensyarah FBK.

Sanggar kerja selama dua hari tersebut telah diisi dengan pelbagai pengisian berbentuk akademik yang bertujuan untuk menambahbaik perancangan penyelidikan FBK bagi tahun 2015/2016. Selain itu, antara pengisian penting program ini juga adalah meneliti perancangan penawaran program baharu FBK yang melibatkan program-program pra dan pasca siswazah. Peluang bertemu empat mata bersama Dr. Mohd Nizam Osman juga digunakan sebaik mungkin oleh para pensyarah untuk berkongsi pendapat, pengalaman dan ilmu yang ada untuk kemajuan FBK.

Program ini diakhiri dengan sesi pembentangan oleh Timbalan Dekan Akademik dan Prasiswazah FBK iaitu Dr Zulazhan Ab.Halim mengenai input perbincangan dan perancangan penyelidikan FBK bagi tahun 2015/2016. Diharapkan sanggar kerja seperti ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang mendatang dan peluang ini digunkan sebaik mungkin oleh para pensyarah FBK untuk menyemarakan budaya ilmu dan penyelidikan di FBK khususnya dan di UniSZA amnya.