Artikel

Cetak

Sekapur Sirih

بسم الله الرحمن الرحيم
fgالحمد لله رب العلمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد

 

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang untuk mengalu-alukan tuan/puan ke laman web rasmi Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) ini.

FBK merupakan sebuah fakulti yang memberikan tumpuan kepada pembangunan bahasa, kesusasteraan dan komunikasi melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat yang berterusan selaras dengan keperluan negara dan dunia antarabangsa secara kreatif dan inovatif.

Besar harapan saya agar laman web ini dapat menjadi sumber rujukan pengunjung untuk mendapatkan maklumat, berita dan laporan terkini mengenai FBK. Terima kasih kepada Jawatankuasa Laman Web FBK atas usaha terbaik mereka yang berterusan dalam memastikan laman web ini sentiasa dikemaskini.

Hanya Allah sebaik-baik pemberi ganjaran.

Sekian, terima kasih.

Prof. Madya Dr. Zulazhan bin Ab. Halim
Dekan
Fakulti Bahasa dan Komunikasi