Cetak

Akreditasi BEN

Ditulis oleh Pentadbir.

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima kunjungan Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk Penilaian Akreditasi Penuh. Kunjungan tersebut telah diadakan pada 11 – 12 Januari 2016 dan proses penilaian berlangsung di Bilik Mesyuarat, FBK.

Penilaian ini mengambil masa selama dua hari itu melibatkan program pengajian yang ditawarkan oleh FBK iaitu Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian). Penilaian tersebut dijalankan untuk mendapatkan pengiktirafan dan kelayakan akreditasi penuh daripada pihak MQA.

Proses penilaian yang dijalankan meliputi aspek pengauditan dan penelitian secara terperinci terhadap dokumen-dokumen asal program yang terlibat. Selain itu, lawatan penilaian ini juga merangkumi penilaian terhadap proses pengajaran, pembelajaran, pemantauan dan pemeriksaan terhadap premis-premis pengajaran dan pembelajaran di UniSZA seperti kelas dan dewan kuliah, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.

Ahli Panel MQA yang terlibat dalam Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh ialah Encik Ahmad Zainuri bin Loap Ahmad (UPSI), Prof. Madya Dr. Ain Nadzimah binti Abdullah (UPM), Dr. Nik Aloesnita binti Nik Mohd Alwi (UMP) dan Cik Farah Shazawati binti Abd. Zaki (MQA).

Semoga semua urusan melibatkan pengiktirafan dan kelayakan akreditasi penuh daripada pihak MQA ini berjalan dengan lancar dengan keputusan yang amat baik.