Cetak

Bengkel Penulisan dan Penerbitan Makalah

Ditulis oleh Pentadbir.

profkj

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) dengan kerjasama Pusat Pengajian Siswazah (PPS) Universiti Sultan Zainal Abidin telah menganjurkan Bengkel Penulisan dan Penerbitan Makalah dalam Jurnal Berindeks Berindeks Scopus, ISI WoS, ERA/OA bersama Prof. Dr. Hj. Kamaruzaman bin Jusoff, profesor dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Bengkel tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada 1 hingga 2 Mac 2016 bertempat di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin. Bengkel selama dua hari tersebut telah dihadiri oleh hampir 100 orang peserta yang rata-ratanya merupakan pensyarah dan pelajar siswazah dari seluruh Malaysia.

Bengkel ini merupakan satu inisiatif FBK dan PPS untuk menggalakkan para pensyarah dan para pelajar siswazah UniSZA untuk menghasilkan makalah yang berkualiti tinggi dan dapat diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi. Perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Prof. Dr Hj Kamaruzaman bin Jusoff sepanjang bengkel ini berlangsung memberi input yang amat baik kepada para peserta. Tambahan pula, beliau merupakan individu yang tidak asing lagi dalam bidang penulisan ilmiah dan kejayaan serta hasil penulisan beliau telah diiktiraf di peringkat antarabangasa.

Antara intipati penting dalam bengkel tersebut ialah para peserta telah diberi pendedahan tentang panduan serta teknik-teknik terbaik untuk menulis makalah yang bersesuaian untuk jurnal-jurnal berindeks tinggi. Para peserta juga diberi peluang untuk mengenal pasti jurnal-jurnal berindeks tinggi yang bersesuaian dengan bidang para peserta. Selain itu, para peserta telah didedahkan dengan tips-tips bagi mengelakkan berlakunya plagiat dalam penulisan makalah.

Bengkel selama dua hari ini secara keseluruhannya telah memberi banyak manfaat kepada para peserta yang hadir.

 

ll Galeri ll