Artikel

Cetak

Bengkel e-Pembelajaran FBK

Ditulis oleh Pentadbir.

11

 

Pembelajaran melalui e-learning merupakan satu kaedah pembelajaran secara interaktif tanpa perlu bersemuka dengan pemanfaatan teknologi semasa. Pembelajaran secara e-learning ini membawa banyak kebaikan dan kelebihan kepada para pensyarah dan juga pelajar.

Selain dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang selari dengan peredaran zaman, pembelajaran melalui e-learning juga dapat memupuk semangat pembelajaran secara kendiri dalam diri pelajar.

Oleh itu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah menganjurkan Bengkel Pembelajaran e-Learning pada 6-7 April 2016. Bengkel selama dua hari ini telah dikendalikan oleh Puan Mahani binti Mohamad dan diadakan di Makmal Komputer, FBK.

Bengkel ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada para pensyarah berkenaan dengan teknik-teknik penting untuk mengaplikasikan e-learning dalam sistem pembelajaran mereka. Pensyarah berpeluang memahami dan mengendali laman Kelip yang merupakan antara kemudahan yang disediakan oleh UniSZA untuk para pensyarah dan pelajar.

Bengkel berakhir dengan jayanya dan para peserta memperolehi ilmu baharu untuk diaplikasikan dalam kelas masing-masing.

 

ll Galeri ll