Cetak

Piagam Pelanggan

Ditulis oleh Pentadbir.

PIAGAM PELANGGAN

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)

Dalam merealisasikan Visi Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk melahirkan peneraju yang berwibawa dalam pelbagai bidang bahasa dan komunikasi melalui usaha yang berterusan secara kreatif dan inovatif selaras dengan moto universiti "Ilmu Demi Faedah Insan", maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji untuk memenuhi hak-hak pelanggan seperti di bawah:

Kepada Pelajar

• Menyediakan pendidikan bertaraf dunia
• Menyediakan infrastruktur pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan berkesan
• Menyediakan satu sistem standard pengurusan

 

Kepada Kakitangan

• Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif
• Menyediakan insentif dan faedah yang adil serta peluang pembangunan kerjaya yang berdaya saing
• Menyediakan kemudahan dan infrastuktur yang bersesuaian bagi memenuhi kepuasan optimum pelanggan

 

Kepada Masyarakat

• Melaksanakan dan menjayakan usaha-usaha, aktiviti-aktiviti dan program-program tanggungjawab sosial dalam membangunkan kerjasama, kesepakatan dan kebersamaan dalam pendidikan dan penyelidikan

 

Kepada Negara

• Menyediakan graduan yang mahir dalam bidang bahasa dan komunikasi bagi memenuhi keperluan masyarakat dan negara

 

ll Klik di sini untuk muat turun ll