Artikel

Cetak

Penyelidikan Geran Cambodia, Laos, Myanmar & Vietnam (CLMV), KPM di Kemboja

Ditulis oleh Pentadbir.

CLMV

 

Kumpulan penyelidik daripada Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), UniSZA telah berjaya memperolehi Geran Penyelidikan di bawah Program CLMV di Kemboja. Kumpulan tersebut diketuai oleh En. Shaferul Hafes Sha'ari dan dianggotai oleh Dr. Zulazhan Ab. Halim, Dr. Nurazan Mohmad Rouyan, En. Mohd Fauzi Abdul Hamid dan En. Mohammad Azizie Aziz.
Penyelidikan ini memberi tumpuan terhadap pemantapan tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Usaha ini merupakan satu bentuk usaha sama dan perkongsian kepakaran bersama tenaga pengajar di Institute of Integrated Tahfiz Cambodia (INTAC), Kemboja. INTAC merupakan sebuah sekolah integrasi tahfiz dan akademik yang kini mempunyai seramai 40 orang pelajar.

Pada 24 -27 Mac 2016, rombongan penyelidik telah memulakan lawatan pertama yang bertujuan untuk mengenal pasti kumpulan sasaran serta mendapatkan gambaran tentang tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar INTAC. Satu perjumpaan bersama pentadbir dan para guru sekolah telah diadakan bagi membincangkan secara terperinci tujuan dan harapan daripada kedua-dua pihak. Kemudian para pelajar dilibatkan dengan sesi suai kenal yang dikendalikan dalam bahasa Arab serta diberikan satu ujian khas untuk mengenal pasti tahap penguasaan mereka dalam bahasa Arab.
Kajian ini diteruskan dengan lawatan kedua yang memberi fokus kepada pelaksanaan aktiviti pemantapan dan pengukuhan bahasa Arab terhadap para pelajar INTAC. Lawatan yang bermula pada 28 April sehingga 1 Mei 2016 ini mendapat kerjasama yang sangat baik daripada warga INTAC. Pelbagai aktiviti permainan bahasa telah dijalankan dengan penekanan diberikan kepada empat kemahiran berbahasa utama, iaitu kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Elemen tatabahasa Arab juga dititikberatkan dalam pelaksanaan program ini.
Maklum balas yang diterima daripada para guru dan pelajar amat positif khususnya terhadap aktiviti permainan bahasa yang dijalankan. Para pelajar diberi ujian pra dan pasca untuk mengukur keupayaan mereka dalam kemahiran bahasa Arab.

 

ll Galeri ll

ll Video ll