Cetak

Program Kemasyarakatan di Pattani, Thailand

Ditulis oleh Pentadbir.

csr

 

Sejajar dengan komitmen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai universiti mesra komuniti, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), UniSZA telah menjalankan beberapa aktiviti tanggungjawab sosial untuk pelbagai lapisan masyarakat.
        Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Program Tanggungjawab Social (CSR) ke Pattani, Thailand. Program tersebut telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2016 dan telah disertai oleh dua orang pensyarah pengiring daripada FBK dan 13 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar ISM Bahasa Inggeris dan Komunikasi Semester 6.
          Program tersebut memfokuskan aktiviti kemasyarakatan yang memberi pendedahan kepada kepentingan berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah kelolaan Assalam Association, Pattani. Aktiviti A Weekend in English (AWIE) telah dirangka khas untuk program ini dan telah dilaksanakan dengan jayanya. Aktiviti ini telah memberi impak yang positif kepada para peserta hasil pengendalian oleh fasilitator yang berpengalaman dan mahir dengan aktiviti AWIE.
      Selain AWIE, mesyuarat antara wakil pensyarah FBK bersama pihak pengurusan Faculty of Liberal Arts, Fatoni University juga telah dijalankan dan membincangkan perancangan-perancangan aktiviti pada masa akan datang.

 

ll Galeri ll