Artikel

Cetak

Pelajar Timba Manfaat daripada Perkongsian Ustaz Ashafizrol

Ditulis oleh Pentadbir.

usashah

 

Pembelajaran bahasa Arab dalam suasana tempatan mempunyai pelbagai cabaran. Usaha perlu terus dilipatgandakan bagi memastikan tahap penguasaan bahasa Arab mencapai standard yang terbaik. Ruang pembelajaran dalam kelas semata-mata tidak mencukupi bagi memastikan usaha menguasai bahasa Arab terus diperkasakan.

Bagi memastikan para pelajar terus berpeluang mendapat input berkenaan penguasaan bahasa Arab, pihak Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah mengundang Ustaz Ashafizrol Abd Hamid untuk berkongsi ilmu dan pengalaman beliau mendalami bahasa Arab.

Program Pengukuhan Bahasa Arab Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab, FBK ini telah berlangsung pada 20 April 2016 bertempat di Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak.

Nama Ustaz Ashafizrol yang kini amat dikenali dalam kalangan pencinta bahasa Arab, khususnya menerusi laman sosial facebook "Berbahasa Arab Bersama Alasfiyaa" menjadi fenomena baharu dalam pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Penghasilan buku-buku beliau tentang pembelajaran bahasa Arab dalam pasaran semasa juga menjadi antara sebab pemilihannya sebagai penceramah jemputan bagi program ini.

Program yang berlangsung selama sehari ini memberi banyak input kepada pelajar khususnya melibatkan pembinaan perkataan (bina' al-kalimah) dan juga pembinaan ayat (bina' al-jumlah) dalam bahasa Arab. Semua peserta yang terlibat dalam program ini menyatakan bahawa program ini sangat bermanfaat kerana penceramah banyak berkongsi tentang kaedah-kaedah mudah dan betul untuk menguasai bahasa Arab.

 

ll Galeri ll