طباعة

Syarahan Akademik bersama Jemputan Khas

كتب بواسطة: Pentadbir.

nathan

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin telah menganjurkan syarahan akademik selama dua hari bersama Mr. Nathan John Albury dari Universiti Oslo, Norway. Syarahan akademik tersebut telah berlangsung pada 25 dan 26 Mei 2016 dan telah dihadiri oleh para pelajar dan staf akademik FBK.

Penceramah telah membentangkan kertas kerja beliau berjudul 'Who's afraid of the big bad wolf? English in the globalized economy'. Intipati kertas kerja tersebut antaranya memberi penekanan terhadap kepentingan berbahasa Inggeris dalam bidang pendidikan, penggubalan polisi dan penyelidikan dalam konteks era globalisasi.

Syarahan akademik tersebut juga telah memberi impak positif kepada pelajar-pelajar prasiswazah kerana mereka juga diberi penekanan yang jitu mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini. Selain itu, mereka juga diberi pendedahan tentang prosedur menjalankan penyelidikan dalam sesi perbincangan bersama penceramah tersebut.

Agenda utama syarahan akademik ini ialah sesi bersama staf akademik yang diadakan pada hari kedua program. Sesi perkongsian ilmu dan pengalaman antara penceramah dan staf akademik telah dijalankan dan antara hasil perbincangan ialah telah tercetusnya idea untuk menjalinkan kerjasama antara penceramah dan pihak FBK daripada aspek pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan. Penceramah juga amat berbesar hati untuk membantu FBK dalam penghasilan jurnal pertama FBK iaitu JONUS.

Pada akhir sesi syarahan akademik tersebut, Prof. Dato' Dr. Haji Mohamed Anwar bin Omar Din, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mr. Nathan Albury atas syarahan akademik dan sesi perkongsian ilmu yang diberikan. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Mr. Nathan Albury sebagai tanda penghargaan atas masa dan ilmu yang telah beliau sampaikan.

 

ll Galeri ll