Artikel

Cetak

Anugerah Kecemerlangan 2016

Ditulis oleh Pentadbir.

apc2016

 

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor dan Penganugerahan Kecemerlangan UniSZA 2016 pada 1 Jun 2016 bertempat di Dewan Gimnasium, UniSZA Kampus Gong Badak. Majlis yang dihadiri oleh semua staf UniSZA ini dimulakan dengan penyampaian Syarahan Naib Canselor UniSZA oleh Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif. Majlis tersebut turut diserikan dengan penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015. Seramai tiga orang staf Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah terpilih untuk menerima APC bagi tahun 2015. Para penerima anugerah adalah sepertimana berikut:

1                       8                      7            

 Dr. Nurazan binti Mohmad Rouyan         En. Wan Abdul Hayyi bin Wan Omar               Puan Akmah binti Yusof

 

Dalam pada masa yang sama, dua buah buku hasil karya pensyarah FBK telah mendapat pengiktirafan melalui Anugerah Buku UniSZA 2016. Buku yang berjudul Bahasa Al-Quran Yang Tersurat dan Tersirat (Zulazhan Ab. Halim, Mohd Shahrizal bin Nasir, Mohd Hazli bin Yah @ Alias dan Mohd Fauzi bin Abdul Hamid) telah memenangi tempat ketiga dalam kategori Royalti Buku Tertinggi. Bagi kategori Royalti Terbitan PdP Tertinggi, buku al-Murshid fi Ta'allum al-Lughah al-'Arabiyyah (Norhayati Che Hat, Siti Salwa Mohd Noor, Mohd Ala-Uddin Othman dan Mohd Fauzi Abdul Hamid) telah memenangi tempat kedua. Tahniah diucapkan atas kejayaan para penerima anugerah. Semoga pengiktirafan yang diberi menjadi suntikan semangat untuk terus berdaya saing dalam menghasilkan penerbitan yang bermutu pada masa akan datang.