Cetak

Selamat Datang Pelajar Diploma TESL 2016

Ditulis oleh Pentadbir.

1

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), UniSZA telah menyambut kedatangan ahli baharu fakulti iaitu para pelajar Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL). Majlis sambutan yang diadakan dalam suasana yang ringkas tapi penuh bermakna itu telah disempurnakan oleh Dekan FBK, Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Hj. Mohamed Anwar Omar Din. Turut hadir dalam majlis meraikan kedatangan para pelajar baharu tersebut ialah Dr. Zulazhan Ab. Halim, Timbalan Dekan Akademik dan Siswazah, YM Engku Suhaimi Engku Atek, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Encik Ahmad Taufik Hidayah Abdullah, Ketua Pusat Pengajian Bahasa Inggeris dan pensyarah fakulti iaitu YM Sharifah Nor Madiah Syed Omar dan Puan Wahidah Abd. Wahid.

Majlis tersebut dimulai dengan ucapan aluan oleh Dekan FBK yang memberi pelbagai nasihat berguna kepada para pelajar khususnya melibatkan hal berkaitan akademik. Selain itu, beliau juga menasihati para pelajar supaya berusaha mencapai kecemerlangan sahsiah diri. Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah terpilih untuk mengikuti kursus Diploma TESL yang ditawarkan oleh pihak fakulti. Majlis kemudiannya diteruskan dengan tayangan video korporat fakulti.

Sesi taklimat berkaitan struktur fakulti dan struktur pembelajaran program Diploma TESL pula telah disampaikan oleh Encik Ahmad Taufik Hidayah Abdullah, sebelum majlis bersurai. Seluruh warga FBK turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar baharu dan berdoa agar urusan pembelajaran mereka berjalan dengan baik dan lancar.

 

ll Galeri ll