Artikel

Cetak

MAJLIS PERSARAAN PUAN AKMAH YUSOF

Ditulis oleh Pentadbir.

BA

 

Selepas berkecimpung dalam dunia pendidikan sejak 30 tahun yang lalu, Puan Akmah binti Yusof, 58, diraikan oleh para pensyarah dan kakitangan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) pada tanggal 21 Julai 2016. Majlis Jasamu Dikenang, diadakan khas buat Puan Akmah bini Yusof, pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Inggeris, FBK bagi mengenang jasa dan keringat yang dicurahkan oleh beliau selama lebih kurang 18 tahun bertugas di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Majlis yang berlangsung di Quinara Al-Safir Resort, Jalan Tok Jembal, Kuala Nerus diserikan dengan pelbagai atur cara menarik untuk meraikan beliau.

Beliau yang mula bertugas di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada tahun 1998, telah melalui 18 tahun susah senang dalam mengukir kecemerlangan FBK khususnya. Detik persaraan beliau pada 21 Julai 2016 sangat dirasai oleh semua pensyarah dan kakitangan FBK kerana karakter beliau yang sangat baik dan mesra dengan semua orang. Sepanjang Puan Akmah berkhidmat di UniSZA, pelbagai jasa dan sumbangan serta pengorbanan telah ditaburkan terhadap fakulti. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak bangsa untuk berjaya dalam pengajian masing-masing.

Selamat bersara Puan Akmah Yusof. Semoga sentiasa dalam keadaan sihat, gembira serta dalam perlindungan Allah s.w.t. setiap masa. Terima kasih atas segala pengalaman, kenangan dan bimbingan yang diberikan. Jasamu akan sentiasa dikenang, Insya Allah. Fakulti Bahasa dan Komunikasi mengucapkan selamat maju jaya dalam menjalani kehidupan yang dilimpahi keberkatan oleh Allah s.w.t.

 

ll Galeri ll