Artikel

Cetak

SIRI WACANA FBK

Ditulis oleh Pentadbir.

1wan     

 

SIRI WACANA FBK telah diadakan pada 25 Julai 2016 di Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai topik dan isu terkini dalam penyelidikan dan inovasi pengajaran dan pembelajaran bidang bahasa Arab dan bahasa Inggeris kepada staf akademik dan pelajar siswazah FBK.

Kolokium ini juga diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan penulisan tesis pelajar sarjana FBK menerusi carian dan sitasi kajian-kajian lepas. Profesor Madya Dr. Muhammad Sabri Sahrir (Mantan Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa UIAM, Malaysia) dan Dr. Radzuwan Ab. Rashid, Koordinator Pelajar Sarjana Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UniSZA merupakan dua penceramah terkenal yang dijemput dalam siri wacana kali ini. Dua tajuk yang dibentangkan oleh Profesor Madya Dr. Muhammad Sabri Sahrir mengenai Research and Innovation (Slot 1) dan Writing a Literature Review (Arabic) dalam Slot 2. Pada sesi petang, Dr. Radzuwan Ab. Rashid telah membentang tajuk Writing a Literature Review (English).

Seramai 10 pensyarah FBK dan 20 pelajar siswazah telah menghadiri siri wacana ini dan mereka telah memberi maklumbalas yang positif.

 

ll Galeri ll