Artikel

Cetak

PROGRAM “KEMBARA KHAZANAH MELAYU KLASIK UITM-UNISZA”

Ditulis oleh Pentadbir.

kembara

 

Program "Kembara Khazanah Melayu Klasik UiTM-UniSZA" anjuran Universiti Teknologi Mara, Lendau, Melaka telah diadakan pada 31 Julai 2016 di Fakulti Bahasa dan Komunikasi UniSZA. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Siswazah), Dr. Zulazhan Ab. Halim dan turut hadir Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YM Engku Suhaimi Engku Atek dan Ketua Pusat Pengajian Bahasa Moden dan Komunikasi, Puan Mahani Mohamad. Seramai 36 orang peserta dan seorang pengiring daripada Persatuan Bahasa Moden (Bahasa Melayu) UiTM dan 20 orang pelajar UniSZA dari program TESL serta pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Moden dan Komunikasi terlibat dalam program ini.

Program ini merupakan program kali pertama anjuran UiTM dengan UniSZA dalam menjayakan aktiviti warisan kesenian dan kebudayaan Melayu. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program adalah sesi berinteraksi antara pelajar UiTM dengan pelajar UniSZA dan pertukaran persembahan antara pelajar kedua-dua buah universiti. Antara persembahan yang diadakan adalah seperti lakonan berlatarkan Kesultanan Melayu Melaka oleh UiTM dan lakonan era sebelum merdeka oleh UniSZA. Persembahan seumpama ini dapat menguatkan identiti dan jati diri Melayu.

 

ll Galeri ll