Artikel

Cetak

BULETIN AL-QALAM

Ditulis oleh Pentadbir.

qalam

 

KLIK DI SINI

Buletin yang diberi nama al-Qalam ini merupakan suatu buletin yang dihasilkan oleh Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin. Mengambil nama al-Qalam yang bermaksud pena bertepatan dengan tujuannya yang digunakan untuk menulis sesuatu maklumat melalui penulisan.

Al-Qalam dengan rasminya telah dilancarkan oleh Timbalan Dekan Akademik dan Siswazah, FBK, Y.Brs. Dr. Zulazhan bin Ab. Halim pada 3 oktober 2016 bersempena Majlis Multaqa al-Lughawiyyin 3 anjuran Pelajar ISM Pengajian Bahasa Arab, FBK. Buletin yang diterbitkan sebulan sekali ini boleh didapati secara bercetak dan secara talian. Antara objektif penerbitan buletin ini adalah:

  • Menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan bahasa Arab secara santai selain berfungsi sebagai hebahan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pelajar dan Pusat Pengajian Bahasa Arab.
  • Sebagai satu alternatif kepada pelajar untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab.
  • Salah satu wadah untuk pelajar mengasah bakat dan kreativiti dalam bidang penerbitan dan penghasilan karya.

Untuk memuat turun al-Qalam dalam format PDF, boleh klik pada gambar di atas.