Cetak

Syarahan Akademik FBK 2016

Ditulis oleh Pentadbir.

syarahan

 

Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh merupakan sasterawan negara yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau merupakan Sasterawan Negara yang amat dikenali dan setiap karya beliau memiliki maksud tersirat yang tersendiri.

Justeru, kehadiran beliau ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk Majlis Syarahan Akademik amat dinanti-nantikan oleh ahli-ahli akademik dan para pelajar di universiti dan di fakulti. Majlis yang dihadiri oleh lebih 900 orang pelajar dan para pensyarah itu telah diadakan pada 20 November 2016 bertempat di Dewan al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin.

Syarahan akademik yang berlangsung selama 2 jam tersebut diisi dengan pelbagai mesej bermanfaat kepada para pelajar, dan disisip dengan pesanan-pesanan yang amat berguna untuk dijadikan panduan serta rujukan oleh para hadirin yang hadir. Seusai syarahan oleh Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh, para hadirin yang hadir disajikan dengan persembahan istimewa oleh pelajar-pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi yang mendeklamasikan sajak hasil karya Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh sendiri.

Majlis tamat jam 11.30 pagi dengan rata-rata hadirin yang hadir melahirkan rasa keterujaan dapat bersua muka dengan tokoh akademik yang berwibawa ini.

 

ll Galeri ll