Print

Sports and Language Humanity Day 2016

Written by Pentadbir.

sports

 

Para pelajar semester tujuh bagi Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi telah menganjurkan satu program berbentuk komuniti iaitu Sports and Language Humanity Day 2016 pada 25 November 2016. Acara tersebut telah dijalankan di Stadium Tertutup Gong Badak dan telah disertai oleh seramai 410 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti dan orang awam di sekitar Kuala Terengganu dan beberapa tempat lain di luar negeri Terengganu.

Selain bertujuan memupuk kesedaran tentang gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, program ini turut diadakan sebagai syarat wajib lulus untuk kursus Event Management and Planning (BKE 4073), iaitu kursus di bawah seliaan Puan Nor Jijidiana binti Azmi, pensyarah komunikasi, Pusat Pengajian Bahasa Moden dan Komunikasi, FBK, UniSZA. Antara pengisian program ini ialah larian amal 'Colour Run' yang bertujuan mengumpul dana untuk disalurkan kepada MyCare iaitu salah satu badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.

Selain itu, program ini turut diserikan dengan pertandingan mewarna yang melibatkan kanak-kanak berusia antara lima hingga enam tahun, pameran dan permainan bahasa serta jualan oleh vendor makanan terkenal di Terengganu. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA iaitu Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Haji Mohamed Anwar bin Omar Din (DPMT), serta dihadiri oleh para pensyarah dan kakitangan FBK.

 

ll Galeri ll