Artikel

Cetak

Bicara Bahasa

Ditulis oleh Pentadbir.

photo 2017-03-26 22-10-37

 

Pada hari Isnin bersamaan 13 Mac 2017 telah diadakan satu program ilmiah yang dinamakan "Program Bicara Bahasa". Program ini memberi fokus tentang kefahaman yang lebih meluas dan mendalam tentang bahasa. Selain itu, program ini diadakan bertujuan melahirkan mahasiswa yang cintakan bahasa bukan sahaja bahasa ibunda, malah kesemua bahasa dunia.

Program yang berlangsung pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang ini bertempat di Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak dengan kehadiran seramai 400 mahasiswa/wi Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa FBK (FALCOM), dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK). Penceramah yang dijemput untuk menyampaikan perkongsian bagi program ini ialah YBrs. Dr. Zulazhan bin Ab. Halim, Dekan FBK dengan tajuknya "Bahasa Selepas Nabi Adam".

Antara intipati perkongsian beliau ialah mengenai fahaman-fahaman dalam sejarah Nabi Adam dari segi sudut pandang Islam, Kristian dan juga Hindu. Beliau juga telah berkongsi mengenai pandangan-pandangan ahli bahasa tentang bahasa selepas Nabi Adam. Program ini diakhiri dengan kehadiran Ustaz Hadi Fayyadh bin Mohamad iaitu seorang novelis terkenal dan antara buku tulisan terbaru beliau ialah 'Ketika Azazil Berputus Asa'. Beliau telah berkongsi kepada para hadirin mengenai penulisannya di dalam buku tersebut.

Pihak penganjur mendapati program sebegini dapat memberi banyak pendedahan dan input yang berguna kepada para pelajar khususnya para pelajar FBK berkenaan asal usul bahasa manusia serta keindahan bahasa. Respons yang positif telah diterima daripada mereka yang hadir dan menyertai program ini.

 

ll Galeri ll

 

Berita oleh: Idayu Nur Illyana binti Daud (BAS 6)

Nur Izzati binti Rosdi (BAS 6)