Cetak

Majlis Setulus Kasih Seindah Memori

Ditulis oleh Pentadbir.

kakapah3

 

Setelah sekian lama berkecimpung dalam bidang akademik, YM. Puan Sharifah Nor Madiah binti Syed Omar kini telah bersara pada 15 September 2018. Beliau dikenali sebagai seorang yang amat berdedikasi dan komited terhadap tugasnya. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah menjawat pelbagai jawatan seperti koordinator program, ketua jabatan dan timbalan dekan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Beliau juga amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja.

Majlis yang dinamakan Setulus Kasih Seindah Memori telah dianjurkan oleh pihak fakulti sempena meraikan persaraan beliau. Ia bertujuan memperingati serta menghargai segala sumbangan beliau sepanjang keberadaan di UniSZA. Majlis tersebut telah diadakan di Am Transit Inn pada 4 September 2018. Ia telah dihadiri oleh staf-staf FBK termasuk mereka yang telah bersara. Warga fakulti mendoakan beliau diberi kesihatan dan dipermudahkan segala urusan pada hari-hari mendatang.

 

ll Galeri ll