Artikel

Cetak

Bengkel Bicara Puisi bersama Sasterawan Negara, Dato’ Seri A. Samad Said

Ditulis oleh Pentadbir.


3

 

Pada 9 Mac 2019, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah menganjurkan program Bicara Puisi bersama Sastarawan Negara, Dato' Seri A. Samad Said. Program ini telah dihadiri oleh 150 orang pelajar FBK serta merupakan salah satu inisiatif pihak fakulti untuk memupuk minat serta kecintaan generasi muda terhadap bidang kesusasteraan Melayu.

Bidang sastera semakin dipandang sepi dewasa ini kerana masyarakat lebih terarah kepada penggunaan teknologi. Bahasa Melayu juga semakin terpinggir dalam bidang pendidikan memandangkan fokus uatama lebih terarah kepada pelbagai bidang lain yang dianggap lebih penting. Justeru bagi, FBK komited menganjurkan program Bicara Puisi ini sebagai salah satu inisiatif yang memastikan kurikulum kesusasteraan Melayu masih kekal relevan dalam bidang akademik.Objektif utama program ini dijalankan ialah untuk memberi pendedahan kepada generasi muda terutamanya pelajar universiti tentang bidang kesusasteraan Melayu.

Dengan kehadiran tokoh sasterawan yang ulung di Malaysia, program ini bukan sahaja memberi ruang kepada para pelajar untuk mendalami puisi nukilan Dato' Seri A. Samad Said, malah turut bertujuan untuk memupuk minat para pelajar untuk meningkatkan kemahiran penulisan puisi di masa akan datang.

Hasil daripada program ini, pelajar-pelajar mendapat pendedahan yang sewajarnya terhadap bidang penulisan puisi. Malah, program ini turut berjaya mencungkil bakat peserta di mana salah seorang peserta program berjaya merangkul gelaran Naib Juara dalam Pertandingan Deklamasi Puisi Piala Naib Canselor yang dianjurkan oleh Pusat Kesenian dan Warisan, UniSZA.

 

ll Galeri ll