طباعة

BENGKEL PENULISAN ABSTRAK TESIS

كتب بواسطة: Pentadbir.

Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA telah mengadakan Bengkel Penulisan Abstrak Tesis pada 25 Ogos 2020 yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh. Beliau merupakan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UniSZA dan juga merangkap "Malim Sarjana" Fakulti Bahasa dan Komunikasi.

Bengkel tersebut dihadiri oleh para staf akademik fakulti yang terdiri daripada penyelia siswazah FBK, para calon penyelia siswazah dan juga ahli jawatankuasa abstrak siswazah fakulti. Bengkel tersebut mempunyai objektif untuk memberi pendedahan dan membantu penyelia serta calon penyelia siswazah dalam menghasilkan abstrak tesis yang berkualiti dan seterusnya boleh membantu dan membimbing pelajar dibawah seliaan dalam menulis abstrak tesis yang baik dan berkualiti.

Bengkel tersebut juga dapat membantu para ahli jawatankuasa abstrak siswazah fakulti dalam tugasan mereka menyemak abstrak tesis pelajar siswazah di fakulti Bahasa dan Komunikasi. Bengkel telah berjalan dengan jayanya dan dilaksanakan dalam suasana yang ceria. Para peserta mengungkapkan keterujaan dengan perkongsian ilmu tentang cara penulisan abstrak tesis yang sangat berguna.

Semoga kehadiran Malim Sarjana FBK, Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh pada masa hadapan akan dapat menaikkan semangat dan kebersamaan dalam kalangan ahli akademik di Fakulti Bahasa dan Komunikasi dalam mencapai kejayaaan.

 

ll Galeri ll