طباعة

Inovasi Bahasa Arab

كتب بواسطة: Pentadbir.

WhatsApp Image 2020-10-08 at 12.23.37 PM

Tiga kumpulan produk inovasi yang diketuai oleh para pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah berjaya memenangi pingat emas, perak dan gangsa di Pertandingan E-Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab (Arabic International E-Innovation Teaching & Learning – AiiTeL2020), UPSI yang telah berlangsung secara dalam talian pada 7 Oktober 2020. Produk yang diberi nama iGQA: Modul Infografik Beranimasi Pembelajaran Tatabahasa Arab telah berjaya memenangi pingat emas. Menurut ketua penyelidik bagi produk tersebut yang diketuai oleh En. Mohd Fauzi bin Abdul Hamid, produk iGQA adalah satu modul infografik pembelajaran tatabahasa Arab yang dipersembahkan dalam bentuk animasi. Produk ini bersesuaian dengan perkembangan semasa yang mengaplikasikan pembelajaran secara dalam talian. Ahli penyelidik yang lain terdiri daripada Prof. Madya Dr. Zulazhan bin Ab. Halim, Prof. Madya Dr. Muhammad Sabri bin Sahrir (UIAM) dan En. Mohd Shahrizal bin Nasir.

Selain itu, satu lagi penyertaan telah berjaya memenangi pingat perak. Aplikasi i-Tasheel merupakan satu bahan pembelajaran mudah alih yang mengandungi kandungan asas bahasa Arab. Para pensyarah yang terlibat dalam penghasilan produk ini ialah En. Mohd Firdaus bin Yahaya, Prof. Madya Dr. Zulazhan bin Ab. Halim, Prof. Madya Dr. Muhammad Sabri bin Sahrir (UIAM) dan En. Mohd Shahrizal bin Nasir.


Penyertaan ketiga yang mempertandingkan produk yang diberi nama ARABest@Zappar pula telah berjaya memperoleh pingat gangsa. Bahan pembelajaran Bahasa Arab ini menggabungkan teknologi AR dalam penghasilannya. Produk ini diketuai oleh Dr. Siti Salwa binti Mohd Noor dan melibatkan seorang ahli penyelidik, iaitu Dr. Norasyikin binti Osman.

Semoga dengan penyertaan dan kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada semua dalam mencipta produk inovasi yang boleh menyumbang ke arah pemerkasaan bidang pendidikan Bahasa Arab di Malaysia.

 

ll Galeri ll