Cetak

SHABAS 2020

Ditulis oleh Pentadbir.

 

1232

Unit Bahasa Arab Persatuan Fakulti Bahasa dan Komunikasi dengan Kerjasama Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah berjaya menganjurkan program Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia pada 18 Disember 2020 yang lalu. Sambutan ini diadakan di atas talian melalui platform Live Streamyard, Facebook dan telah melibatkan semua pelajar UniSZA serta terbuka juga kepada komuniti luar yang berminat untuk sertai bersama.

Program ini merupakan program tahunan bagi Unit Bahasa Arab, Persatuan Mahasiswa Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia yang jatuh pada tanggal 18 Disember setiap tahun. Selain itu, program ini dapat mengasah bakat dan kemahiran berbahasa Arab melalui aktiviti dan pertandingan yang dijalankan. Antaranya ialah, pertandingan mencipta poster, melukis komik, membaca berita, dan juga pidato Arab serta forum bersama panel antarabangsa. Akhir sekali, program ini diadakan tidak dapat tidak untuk memartabatkan lagi bahasa Arab sebagai bahasa ilmu yang terpenting dan perlu dikuasai.

Program ini telah mendapat sambutan mahasiswa/mahasiswi UniSZA dan juga universiti lain. Tidak dilupakan juga buat komuniti luar yang turut memeriahkan lagi program ini sehinggakan tontonan di Live Streamyard, Facebook telah mencecah 3 ribu penonton.

Hasil daripada program ini, mahasiswa dan mahasiswi semakin bersemangat untuk menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa yang wajib dipelajari. Begitu juga dengan komuniti luar, mereka bertambah yakin bahawa bahasa Arab adalah bahasa yang penting dan perlu dipelajari oleh semua peringkat umur.

Jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia (SHABAS 5.0). Kami berharap program seperti ini sentiasa mendapat sokongan daripada pihak universiti demi masa depan pelajar terutamanya pelajar UniSZA. Semoga dengan program yang memartabatkan bahasa Arab seperti ini dapat meningkatkan lagi kesungguhan pelajar untuk menguasai ilmu bahasa Arab.