Cetak

Latar Belakang

Ditulis oleh Pentadbir.

 

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi yang telah diluluskan penubuhannya pada Januari 2007 bermula dengan Pusat Bahasa di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Pusat Bahasa telah ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1994 yang sebelumnya ia berada di bawah Sekolah Pengajian Umum sebagai sebuah unit yang bernama Unit Bahasa Inggeris. Di bawah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Pusat Bahasa telah dinaikkan tarafnya menjadi Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK).

Dengan statusnya yang baru, Fakulti Bahasa dan Komunikasi memberikan tumpuan kepada pembangunan bahasa, kesusasteraan dan komunikasi melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan, pengembangan serta perundingan yang berterusan selaras dengan keperluan negara dan dunia antarabangsa secara kreatif dan inovatif.

Di UniSZA Kampus Gong Badak, FBK terletak di Blok Umar, satu blok bangunan tiga tingkat dengan paras bawahnya ditempatkan pejabat pentadbiran, bilik-bilik Dekan, Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan. Bilik-bilik pensyarah ditempatkan di tingkat satu manakala di tingkat dua ditempatkan bilik-bilik kuliah, makmal bahasa, dan bilik bacaan.