طباعة

Visi Dan Misi

كتب بواسطة: Pentadbir.

Visi

Fakulti Bahasa dan Komunikasi akan melahirkan peneraju yang berwibawa dalam pelbagai bidang bahasa dan komunikasi melalui usaha yang berterusan secara kreatif dan inovatif.

 

Misi

Menjadi pusat kecemerlangan ilmu dengan meningkatkan kualiti pendidikan dan penyelidikan dalam bidang bahasa dan komunikasi selaras dengan keperluan negara dan dunia antarabangsa.

 

Matlamat Fakulti

Matlamat Fakulti adalah untuk menyediakan tenaga terlatih sebagai komunikator yang berpengaruh dalam apa saja bidang yang mereka ceburi dan dalam masa yang sama menyediakan peluang keemasan kepada mereka yang ingin memperbaiki kemahiran berbahasa.

 

Objektif Fakulti

Fakulti ini ditubuhkan untuk:

  • Melahirkan graduan yang berpengetahuan luas dan berilmu serta mahir dalam bidang bahasa dan komunikasi.
  • Melatih graduan dengan pelbagai kemahiran ilmu komunikasi dan bahasa yang akan menyumbang secara positif terhadap keperluan modal insan.
  • Merancang memartabatkan kedudukan bahasa Melayu dan memperkukuhkan fungsi bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing.
  • Menjadi fokus kepada perkembangan penyelidikan dalam bidang bahasa dan komunikasi.