BAS
SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA ARAB (DENGAN KEPUJIAN)
MATLAMAT PROGRAM
Program ini diharapkan dapat melahirkan graduan seperti berikut:
- Menguasai dan mengaplikasi pelbagai disiplin ilmu serta kemahiran bahasa Arab agar menjadi peneraju dalam bidang pekerjaan
- Mengintegrasi ilmu dan kemahiran secara kreatif dan inovatif
TEMPOH PENGAJIAN
Pengajian adalah selama 4 tahun melibatkan 8 semester
BIDANG KERJAYA
- Pengajaran
- Penterjemahan
- Pelancongan
- Pemasaran
- Pengurusan sumber manusia
- Pentadbiran
- Perhubungan awam
- Penerbitan
SYARAT KHAS KEMASUKAN PROGRAM
KATEGORI
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 pada peringkat STPM
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 pada peringkat Matrikulasi / Asasi
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 pada peringkat Diploma dalam bidang Pengajian Bahasa Arab / Pengajian Islam
Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid pada peringkat STAM
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B Bahasa Arab pada peringkat SPM
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah pada peringkat SPM
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C TIGA (3) mata pelajaran lain TIDAK TERMASUK Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah pada peringkat SPM
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya MUET Tahap 2 (BAND 2)