SARJANA MUDA BAHASA MELAYU KONTEMPORARI DENGAN MEDIA INTERAKTIF (KEPUJIAN)

MATLAMAT PROGRAM

Program ini menawarkan pembelajaran bahasa Melayu secara komprehensif dan kontemporari dengan mengaplikasikan media digital interaktif. Penerapan elemen ini berupaya menyediakan pelajar yang mampu mendepani cabaran semasa.

TEMPOH PENGAJIAN

Program ini dijalankan secara 2u2i iaitu pelajar akan menjalani 3 tahun (6 semester) pengajian di universiti dan 1 tahun (2 semester) pengajian di industri.

BIDANG KERJAYA

Antara peluang kerjaya yang graduan boleh ceburi adalah seperti berikut:
  • Editor
  • Animator
  • Wartawan
  • Artis Grafik
  • Penulis Kreatif
  • Pegawai Pengurusan
  • Pegawai Penerangan
  • Guru Bahasa

SYARAT KHAS KEMASUKAN PROGRAM

KATEGORI

STPM
MATRIKULASI/ASASI
DIPLOMA
STAM

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 pada peringkat STPM DAN Gred C bagi matapelajaran berikut:

  • Pengajian Am
  • Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 pada peringkat Matrikulasi / Asasi

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 pada peringkat Diploma

Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.

DAN


Mendapat sekurang-kurangnya Gred C Bahasa Melayu pada peringkat SPM

DAN


Mendapat sekurang-kurangnya Gred C Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

DAN


Mendapat sekurang-kurangnya Gred C TIGA (3) matapelajaran lain TIDAK TERMASUK Bahasa Melayu pada peringkat SPM

DAN


Mendapat sekurang-kurangnya MUET Tahap 2 (BAND 2)

Hubungi Kami

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

Tel : 09-668 8100 
Faks : 09-668 7844

Ikuti Kami

Pengunjung

172759
Copyright © 2021 Fakulti Bahasa & Komunikasi | UniSZA | All Rights Reserved