BAM
SARJANA MUDA BAHASA MELAYU KONTEMPORARI DENGAN MEDIA INTERAKTIF (KEPUJIAN)
MATLAMAT PROGRAM
Program ini menawarkan pembelajaran bahasa Melayu secara komprehensif dan kontemporari dengan mengaplikasikan media digital interaktif. Penerapan elemen ini berupaya menyediakan pelajar yang mampu mendepani cabaran semasa.
TEMPOH PENGAJIAN
Program ini dijalankan secara 2u2i iaitu pelajar akan menjalani 3 tahun (6 semester) pengajian di universiti dan 1 tahun (2 semester) pengajian di industri.
BIDANG KERJAYA
Antara peluang kerjaya yang graduan boleh ceburi adalah seperti berikut:
- Editor
- Animator
- Wartawan
- Artis Grafik
- Penulis Kreatif
- Pegawai Pengurusan
- Pegawai Penerangan
- Guru Bahasa
SYARAT KHAS KEMASUKAN PROGRAM
KATEGORI
STPM
MATRIKULASI/ASASI
DIPLOMA
STAM
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 pada peringkat STPM DAN Gred C bagi matapelajaran berikut:
- Pengajian Am
- Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 pada peringkat Matrikulasi / Asasi
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 pada peringkat Diploma
Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.