
𝐊𝐨𝐥𝐨𝐤𝐢𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐅𝐁𝐊: 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐮𝐣𝐮 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐧 & 𝐃𝐚𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧
Kuala Nerus, 2 Julai 2025 — Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti (JKPF) telah berjaya menganjurkan Kolokium Penyelidikan FBK pada Rabu, bertempat di Bilik Mesyuarat FBK.
Kolokium yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini menghimpunkan para penyelidik fakulti untuk membentangkan Progress Report dan dapatan terkini hasil geran penyelidikan masing-masing. Program ini bertujuan:
- Menilai perkembangan semasa projek-projek penyelidikan berasaskan geran yang sedang dijalankan oleh pensyarah FBK.
- Membuka ruang perbincangan, maklum balas serta penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti dan impak penyelidikan fakulti.
- Menyemai budaya penyelidikan secara berterusan dan sistematik dalam kalangan warga akademik FBK.
Turut hadir, dua orang wakil dari Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CRiEM) yang bertindak memantau kedudukan semasa geran penyelidikan serta memberikan pandangan profesional berhubung penambahbaikan pengurusan projek penyelidikan di FBK.
Program ini diharap dapat terus memacu kecemerlangan penyelidikan fakulti ke tahap yang lebih tinggi, selaras dengan aspirasi UniSZA dalam memartabatkan budaya penyelidikan bertaraf global.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penyelidik FBK yang telah membentangkan perkembangan penyelidikan masing-masing, serta Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti atas penganjuran program ini. Semoga usaha gigih ini terus menyumbang kepada peningkatan kualiti penyelidikan fakulti, seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

