SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA ARAB (DENGAN KEPUJIAN)

MATLAMAT PROGRAM

Program ini diharapkan dapat melahirkan graduan seperti berikut:

  • Menguasai dan mengaplikasi pelbagai disiplin ilmu serta kemahiran bahasa Arab agar menjadi peneraju dalam bidang pekerjaan
  • Mengintegrasi ilmu dan kemahiran secara kreatif dan inovatif

TEMPOH PENGAJIAN

Pengajian adalah selama 4 tahun melibatkan 8 semester


BIDANG KERJAYA

Antara peluang kerjaya yang graduan boleh ceburi adalah seperti berikut:
  • Pengajaran
  • Penterjemahan
  • Pelancongan
  • Pemasaran
  • Pengurusan sumber manusia
  • Pentadbiran
  • Perhubungan awam
  • Penerbitan

SYARAT KHAS KEMASUKAN PROGRAM

KATEGORI

STPM
MATRIKULASI/ASASI
DIPLOMA
STAM

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 pada peringkat STPM

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 pada peringkat Matrikulasi / Asasi

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 pada peringkat Diploma dalam bidang Pengajian Bahasa Arab / Pengajian Islam

Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid pada peringkat STAM

DAN

 

 Mendapat sekurang-kurangnya Gred B Bahasa Arab pada peringkat SPM

ATAU

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah pada peringkat SPM

DAN

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C TIGA (3) mata pelajaran lain TIDAK TERMASUK Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah pada peringkat SPM

DAN

 

 Mendapat sekurang-kurangnya MUET Tahap 2 (BAND 2)

Hubungi Kami

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

Tel : 09-668 8100 
Faks : 09-668 7844

Ikuti Kami

Pengunjung

259475
Copyright © 2021 Fakulti Bahasa & Komunikasi | UniSZA | All Rights Reserved