Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) dan Persatuan Bahasa Al-Quran (IQRA’) UniSZA telah mengadakan Minggu Thaqafah Bahasa Al-Quran (MITHAQ 1.0) pada 13 sehingga 17 Jun bertempat di UniSZA Kampus Gong Badak. Program ini dirasmikan oleh YBrs. Dr. Zurina binti Khairuddin, Dekan FBK. Program ini menampilkan perkongsian daripada barisan penceramah berkaitan dengan bahasa Al-Quran.
Sebanyak lapan slot telah diisi dan dihadiri oleh pelajar serta pensyarah UniSZA. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk menyuburkan pembudayaan ilmu berkaitan bahasa Arab yang merupakan bahasa Al-Quran. Antara slot yang dijalankan ialah Slot Tafsir, Slot Mahir Bertutur Arab, Slot Motivasi, Slot Tadabbur, Slot Pameran Inovasi, Slot Perkongsian Interaktif, Slot Bedah Kitab dan Slot Forum.