Selamat datang ke laman web Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal AbidinFBK UniSZA
 

Pertanyaan?

09-819 8100 / 8960
 

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Etika Pakaian Pelajar




Peraturan Pakaian Mahasiswa/i UniSZA

  1. Peraturan pakaian semasa berada di dalam kampus atau di luar kampus, mestilah sentiasa berpandukan kepada peraturan pakaian mahasiswa/i UniSZA.
  2. Pakaian mestilah memenuhi ciri-ciri berikut:-
    1. Menutup aurat sepertimana kehendak Kod Pakaian Mahasiswa/i UniSZA.
    2. Pakaian tidak ketat dan tidak jarang.
    3. Pakaian mestilah bersih, kemas dan sesuai.
    4. Pakaian mestilah mengambil kira ciri-ciri kecantikan dan keindahan.
    5. Pakaian mestilah mengambil kira nilai-nilai budaya orang-orang melayu serta tidak mencampuradukkan antara budaya dan adat resam.
    6. Pakaian tidak selekeh, kotor, melampau, tidak bermutu dan tidak sesuai dengan Kod Pakaian Mahasiswa/i UniSZA.
    7. Pakaian mestilah tidak menganggu proses perjalanan / pergerakan akademik dan sesuatu pekerjaan, keselamatan dan sebagainya.

 

Peraturan Pakaian Bagi Mahasiswa ke Kuliah, Perpustakaan, Pejabat dan Urusan Rasmi

Baju

  • Memakai baju berlengan panjang atau pendek yang dimasukkan ke dalam seluar.
  • Pemakaian kemeja ‘T’ adalah dilarang.
  • Pemakaian tali leher adalah diwajibkan.

Seluar

  • Memakai seluar ‘slack’ yang longgar dan separa buku lali.

Songkok

  • Memakai songkok yang berwarna hitam atau biru gelap.

Kasut dan Sarung Kaki

  • Memakai kasut berwarna gelap yang sesuai.
  • Memakai sarung kaki

 

Kod Pakaian Untuk Mahasiswi Islam

Ciri-Ciri Am

  • Pakaian menutupi aurat kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.
  • Pakaian tidak terlalu ketat.
  • Kain sarung atau ‘skirt’ yang tidak berbelah boleh dipakai sekiranya longgar dan labuh sehingga menutupi buku lali.
  • Pakaian wanita mestilah tidak menyerupai lelaki.

Seluar Panjang

  • Seluar panjang hendaklah longgar hingga menutupi buku lali.
  • Seluar boleh dipakai dengan baju yang longgar, labuh sehingga ke lutut dan tidak berbelah.

Baju

  • Baju yang boleh dipakai hendaklah labuh, melepasi pinggul, lengan panjang sampai ke pergelangan tangan.
  • Tudung Kepala
  • Tudung kepala hendaklah menutupi kepala, leher, dada, bahu dan tidak jarang / nipis.

Kain

  • Kain hendaklah tidak jarang / nipis.

Kasut

  • Kasut hendaklah menutupi kaki dan tumit kasut tidak terlalu tinggi iaitu tidak melebihi tiga (3) inci.
  • Selipar/sandal tidak dibenarkan.

 

Kod Pakaian Untuk Mahasiswa Bukan Islam

Ciri-Ciri Am

  • Pakaian hendaklah longgar. Sekiranya memakai ‘skirt’ ianya mesti labuh sampai ke buku lali dan tidak berbelah.
  • Seluar mesti longgar, tidak sendat dan tidak ketat hingga ke paras buku lali. Seluar pendek tidak dibenarkan. Seluar dipakai dengan baju yang longgar, labuh melepasi pinggul.
  • Baju hendaklah berkolar tinggi dengan lengan panjang sampai ke pergelangan tangan dan longgar.
  • Pakaian wanita hendaklah tidak menyerupai pakaian lelaki.
  • Pemakaian baju kurung adalah digalakkan. ii. iii. iv. v.

Tudung Kepala

  • Pemakaian tudung kepala digalakkan.

Kain

  • Kain untuk pakaian tidak jarang dan nipis.

Kasut

  • Kasut menutupi kaki dan tumit kasut tidaklah terlalu tinggi melebihi tiga (3) inci.

Ciri-Ciri Khas

  • Seluar panjang yang longgar boleh dipakai dengan baju labuh melepasi pinggul.
  • Kain sarung atau ‘skirt’ yang tidak berbelah boleh dipakai sekiranya longgar dan labuh sehingga menutupi buku lali.
  • Kain sari boleh dipakai dengan syarat bajunya berlengan panjang dan menutup perut.

 

Kod Pakaian Mahasiswa Islam dan Bukan Islam

  1. Pakaian mestilah menutup aurat lelaki.
  2. Pelajar-pelajar tidak boleh memakai selipar, baju-T berleher bulat, berseluar panjang yang ketat dan seluar jeans semasa waktu pejabat, kuliah, tutorial dan kegiatan formal universiti.
  3. Rantai, gelang dan subang tidak boleh dipakai kecuali untuk tujuan perubatan atau sebab-sebab keagamaan.
  4. Panjang rambut tidak melebihi kolar baju dan gaya potongan tidaklah luar biasa.
  5. Baju / Pakaian Kebangsaan boleh dipakai asalkan ia tidak melanggar peraturan-peraturan universiti.
  6. Tatu tidak dibenarkan.
  7. Apa-apa bentuk pakaian yang bertentangan dengan budaya masyarakat setempat tidak dibenarkan.

 

Pakaian Ketika di Kampus Selain daripada Suasana  di Atas

Baju

  • Memakai baju kemeja berlengan panjang atau pendek.
  • Memakai baju batik.
  • Memakai kemeja ‘T’ yang berkolar atau tidak berkolar yang tidak mempamerkan gambar atau tulisan yang tidak wajar.
  • Memakai baju melayu yang lengkap.
  • Memakai jubah berwarna putih.

Seluar

  • Memakai seluar ‘slack’ yang longgar dan separas dengan buku lali.

Songkok,Kopiah dan Serban

  • Memakai songkok berwarna hitam atau biru gelap.
  • Memakai kopiah lengkap berserban yang kedua-duanya berwarna putih.

Kasut, Selipar dan Sarung Kaki

  • Memakai kasut dan sarung kaki yang sesuai
  • Memakai selipar yang sesuai.


Klik di sini untuk butiran lanjut

Hubungi Kami

Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8100 / 8960
  fbk@unisza.edu.my
logo3d left

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

520788