Selamat datang ke laman web Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal AbidinFBK UniSZA
 

Pertanyaan?

09-668 8100 / 8960
 

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

SEMINAR CELIK ARAB: Langkah Pertama Memahami Al-Quran

21 Jun 2025 - Fakulti Bahasa dan Komunikasi bersama Akademi Al-Qudwah telah menganjurkan Seminar Celik Arab yang bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan UniSZA Kampus Gong Badak. Program ini dikendalikan oleh pengasas Akademi Al-Qudwah, Ustaz Taufik Yusuf.
 
Seminar ini berjaya menghimpunkan peserta daripada pelbagai peringkat umur yang berminat dalam mempelajari bahasa Arab. Fokus seminar ini adalah untuk menarik minat orang awam mempelajari asas bahasa Arab seterusnya menjadi langkah pertama dalam memahami Al-Quran.
 
Kolaborasi pensyarah dan wakil industri bukan sahaja mengukuhkan hubungan dua hala malah dapat mengintegrasikan idea serta tenaga demi menyebarkan kepentingan bahasa Al-Quran ini kepada seluruh masyarakat.
 
Sumber: Facebook FB
 
 
 

Hubungi Kami

Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8100 / 8960
  fbk@unisza.edu.my
logo3d left

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

500539