Artikel

Cetak

Persatuan Pelajar Siswazah FBK

Ditulis oleh Pentadbir.

 

PENGENALAN

Sebagai sebuah negara yang sedang berkembang maju, Malaysia banyak bergantung kepada modal insan yang ikut serta secara aktif. Matlamat utama negara adalah untuk mencapai kejayaan dengan konsep menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020 dimana ia memerlukan ramai sumber manusia yang kompeten, mahir dan berpengetahuan untuk bersama-sama mencapai matlamat tersebut.

Salah satu sumber manusia yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara iaitu mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi. Apa yang dimaksudkan disini ialah mereka yang memiliki kelulusan di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Mereka ini biasanya mempunyai daya intelektual yang tinggi dan akan menjadi tulang belakang untuk mendokong pembangunan sesebuah negara. Untuk menjadi seorang yang berkelulusan tinggi yang cemerlang, diperlukan banyak usaha, baik dari diri mereka sendiri dan juga organisasi atau institusi yang mendorong mereka dalam mencapai kejayaan.

Selaras dengan tujuan tersebut, kami para pelajar siswazah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin bertekad untuk membuat sebuah persatuan sebagai wardah untuk kami berkumpul, berkongsi idea, maklumat serta hal-hal lain berkaitan dengan akademik untuk memudahkan dan melancarkan proses pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.

 

OBJEKTIF

1. Mewujudkan satu wadah atau saluran bagi para pelajar Siswazah , FBK untuk berhimpun dan berhubung dalam usaha mempertingkatkan diri secara individu dan berganding bahu untuk mencapai kejayaan bersama.

2. Memupuk semangat kebersamaan dan kekitaan sebagai sebahagian dari keluarga besar Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin.

3. Merancang dan melaksanakan program-program akademik yang boleh meningkatkan penguasaan ilmu secara amnya  dan dalam mencapai kejayaan dalam pengajian secara khasnya.

 

MISI

Persatuan Pelajar Siswazah Fakulti Bahasa dan Komunikasi (PPS-FBK) Universiti Sultan Zainal Abidin berhasrat untuk menjadi wahana dan saluran dalam menjulang dan memartabatkan ilmu di bidang bahasa dan komunikasi untuk  melahirkan dan membentuk graduan yang cemerlang serta memiliki  akhlak yang mulia dan luhur.

 

VISI

Persatuan Pelajar Siswazah Fakulti Bahasa dan Komunikasi (PPS-FBK) Universiti Sultan Zainal Abidin akan berusaha untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu dengan mengadakan program dan aktiviti  di bidang akademik untuk meningkatkan kualiti individu dan kecemerlangan masyarakat secara amnya.

 

MOTTO

“Ilmu adalah obor penyuluh kehidupan”

 

LOGO

logo PPS FBK

Kuning : Melambangkan kesetiaan dan semangat berpasukan

Putih : Melambangkan kesucian hati dan niat

Coklat : Melambangkan iltizam dan kegigihan

Nyalaan Api : Melambangkan semangat perjuangan dan pencerahan

 

PERANCANGAN PERSATUAN DALAM TAHUN 2015/2016

1. Bengkel Penulisan Usulan Penyelidikan/Proposal

2. Bengkel Penulisan Sorotan Literatur

3. Bengkel Kaedah Penyelidikan

4. Bengkel SPSS (Tahap Permulaan)

5. Bengkel SPSS (Tahap Lanjutan)

6. Bengkel Cara Pembentangan Hasil Penyelidikan

7. Bengkel Doc Mac untuk Penulisan Tesis

8. Pembentangan Internal di antara Pelajar Siswazah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA

9. Kunjungan hormat dan Lawatan Akademik

10. Mesyuarat Agung Tahunan

 

JAWATANKUASA 2016-2018

Presiden: Isyaku Hassan

Timbalan Presiden: Mahani Mohamad

Setiausaha: Nurul Izzah Rushadi

Bendahari: Mohd Azri Mohamad

 

 

 

|| AKTIVITI ||