Selamat datang ke laman web Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal AbidinFBK UniSZA
 

Pertanyaan?

09-819 8100 / 8960
 

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

SARJANA MUDA PERHUBUNGAN AWAM DENGAN MEDIA KONTEMPORARI (KEPUJIAN)

MAKLUMAT PROGRAM AKADEMIK PUSAT PENGAJIAN

PUSAT PENGAJIAN BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

PROGRAM PRASISWAZAH

1.

Nama Program

Sarjana Muda Perhubungan Awam dengan Media Kontemporari (Kepujian)

2.

Pengenalan Program

Program Sarjana Muda Perhubungan Awam dengan Media Kontemporari (Kepujian) yang ditawarkan dengan mod 3U1I (3 Tahun Universiti + 1 Tahun Industri) direka untuk melahirkan graduan komunikasi yang kompeten, strategik dan bersedia menghadapi realiti dan keperluan semasa industri. Sepanjang tiga tahun pertama, pelajar akan mengikuti pengajian berasaskan teori dan aplikasi dalam bidang komunikasi korporat, pengurusan reputasi dan krisis, media sosial, strategi kandungan digital, penjenamaan serta penyelidikan komunikasi. Kurikulum ini menekankan pemikiran kritikal, kemahiran analitik, kreativiti dan etika profesional bagi memastikan pelajar mampu mengurus naratif organisasi dalam persekitaran media kontemporari yang pantas dan berasaskan teknologi.

Pada tahun keempat, pelajar akan ditempatkan di industri selama setahun sama ada di syarikat korporat, agensi komunikasi dan pelbagai syarikat bersesuaian. Melalui pengalaman berasaskan kerja (WBL) ini, pelajar bukan sahaja memahami operasi industri secara langsung, malah membina rangkaian profesional, meningkatkan keyakinan diri dan memperkukuh kebolehpasaran sebelum bergraduasi. Pendekatan 3U1I memastikan graduan tidak hanya memiliki ijazah, tetapi juga pengalaman profesional yang menjadikan mereka lebih berdaya saing dan relevan dengan keperluan semasa masyarakat dan industri komunikasi.

3.

Tempoh Pengajian

4 tahun

4.

Mod Pengajian

Sepenuh masa

5.

Senarai Kursus Ditawarkan


  • Theories of Communication
  • Intercultural Communication
  • Public Relations Foundations
  • Introduction To Contemporary Media
  • Public Relations Techniques
  • Communication Law And Pr Ethics
  • Persuasion And Propaganda
  • Digital Storytelling
  • Strategic Corporate Communication
  • Strategic Brand Communication
  • Managing Public Relations Campaign
  • Writing For Contemporary Media
  • Negotiation In Public Relations
  • Strategic Media Relations
  • Crisis Communication Management
  • Communication Research Methods
  • Public Relations Writing
  • Digital Photography
  • Case Studies In Public Relations
  • Data Reasoning
  • Event Management
  • Corporate Social Responsibility (WBL)
  • Digital Multimedia Advertising (WBL)
  • Integrated Marketing Communication (WBL)
  • Digital Publishing And Design (WBL)
  • Final Year Project (WBL)

 




Hubungi Kami

Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8100 / 8960
  fbk@unisza.edu.my
logo3d left

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

514454