Selamat datang ke laman web Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal AbidinFBK UniSZA
 

Pertanyaan?

09-819 8100 / 8960
 

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

SARJANA MUDA BAHASA MELAYU KONTEMPORARI DENGAN MEDIA INTERAKTIF (KEPUJIAN)

MAKLUMAT PROGRAM AKADEMIK PUSAT PENGAJIAN

PUSAT PENGAJIAN BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

PROGRAM PRASISWAZAH

1.

Nama Program

Sarjana Muda Bahasa Melayu Kontemporari dengan Media Interaktif  (Kepujian)

2.

Pengenalan Program

Program 3U1I dalam Bahasa Melayu Kontemporari dengan Media Interaktif menggabungkan tiga tahun pengajian akademik di universiti dengan satu tahun latihan industri, memberi pelajar keseimbangan antara teori bahasa dan pengalaman kerja sebenar dalam media digital. Pelajar mempelajari kursus bahasa Melayu seperti Fonetik, Morfologi, Sintaksis, Semantik, Pragmatik, Sosiolinguistik, Psikolinguistik dan Penyuntingan Teks, sambil didedahkan kepada media interaktif melalui kursus Animasi 2D, Animasi Digital, Penyuntingan Multimedia, Skrip dan Papan Cerita, Penerbitan Media Kreatif serta Grafik dan Reka Letak melalui pendekatan Work-Based Learning (WBL).

Graduan berpeluang berkhidmat dalam sektor kerajaan, NGO, pendidikan, atau industri media dan komunikasi, termasuk kerjaya sebagai editor, animator, wartawan, pensyarah, guru bahasa, penterjemah, penulis skrip/kandungan, pencipta kandungan, pegawai pengurusan, pegawai penerangan, atau penyunting multimedia. Program ini memastikan pelajar memiliki pengetahuan, kemahiran teknikal dan praktikal yang relevan dengan kehendak industri masa kini.

3.

Tempoh Pengajian

4 tahun

4.

Mod Pengajian

Sepenuh masa

5.

Senarai Kursus Ditawarkan

  • Bahasa Melayu Komunikasi
  • Sejarah Bahasa Melayu
  • Kebudayaan Dan Kesenian Melayu
  • Sejarah Perkembangan Multimedia
  • Fonetik Dan Fonologi
  • Imaginasi Dan Pemikiran Kreatif
  • Psikolinguistik Dan Media
  • Morfologi
  • Sintaksis
  • Sosiolinguistik
  • Animasi 2D
  • Skrip dan Papan Cerita
  • Kursus Kokurikulum
  • Integriti Dan Anti Rasuah
  • Retorik
  • Semantik
  • Pragmatik Linguistik
  • Laras Bahasa Dalam Media Kreatif
  • Animasi Digital
  • Dialektologi
  • Karya Klasik
  • Kaedah Penyelidikan
  • Analisis Naratif Dan Sinematik
  • Stilistik
  • Analisis Kesalahan Bahasa Melayu Dalam Media
  • Sastera Melayu Moden
  • Penyuntingan Multimedia
  • Penulisan Kreatif
  • Grafik Dan Reka Letak (WBL)
  • Penerbitan Media Kreatif (WBL)
  • Latihan Ilmiah (WBL)
  • Penyuntingan Teks (WBL)



Hubungi Kami

Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8100 / 8960
  fbk@unisza.edu.my
logo3d left

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

514725