Selamat datang ke laman web Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal AbidinFBK UniSZA
 

Pertanyaan?

09-819 8100 / 8960
 

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA ARAB DENGAN KEPUJIAN

MAKLUMAT PROGRAM AKADEMIK PUSAT PENGAJIAN

PUSAT PENGAJIAN BAHASA ARAB

PROGRAM PRASISWAZAH

1.

Nama Program

Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab dengan Kepujian

2.

Pengenalan Program

Program Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab dengan Kepujian ditawarkan bermula sesi 2013/2014. Program ini dirangka bertujuan melahirkan graduan yang menguasai serta mengaplikasikan pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran dalam bidang Bahasa Arab, di samping menjadi pemimpin dalam bidang tersebut yang mampu mengintegrasikan ilmu dan kemahiran secara kreatif serta inovatif. Kaedah pengajian merangkumi pengajaran dalam bentuk kuliah interaktif, tutorial/amali, tugasan kursus, peperiksaan dan penyelidikan. Selain itu, selari dengan perkembangan semasa, program pengajian ini turut melaksanakan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang transformatif berasaskan penyampaian abad ke-21 seperti heutagogi (pembelajaran ketentuan kendiri), paragogi (pembelajaran berasaskan rakan sebaya) dan sibergogi (pembelajaran berasaskan persekitaran maya). Pelajar juga diwajibkan menjalani Latihan Industri (LI) sebelum bergraduat. Program ini berupaya melahirkan graduan berpengetahuan holistik, berfikiran komprehensif dan mengaplikasi pelbagai kemahiran fungsian dalam bidang Bahasa Arab. Graduan program ini juga mampu mempraktikkan kemahiran kendiri serta membudayakan etika dan akhlak mulia yang mendokong hasrat UniSZA sebagai sebuah Universiti Islam Integrasi Kontemporari.

3.

Tempoh Pengajian

  • Sepenuh Masa

      3 tahun (6 semester biasa, 1 semester pendek)

  • Separuh Masa

      6 tahun (12 semester biasa)

4.

Mod Pengajian

  • Sepenuh Masa
  • Separuh Masa

5.

Senarai Kursus Ditawarkan

  • Keterampilan Bahasa (Al-Istima’ wa al-Kalam)
  • Literasi Bahasa (Al-Qira’ah wa al-Kitabah)
  • Perkamusan Arab
  • Teori dan Teknik Penterjemahan
  • Prosa Arab
  • Debat Bahasa Arab
  • Fonetik dan Fonologi
  • Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa
  • Linguistik Arab
  • Mukhayyam Lughawi
  • Bahasa Arab untuk Komuniti
  • Puisi Arab 1
  • Puisi Arab 2
  • Ilmu al-Ma'ani
  • Ilmu al-Bayan dan al-Badi'
  • Tatabahasa Arab Terapan 1
  • Tatabahasa Arab Terapan 2
  • Tatabahasa Arab Terapan 3
  • Tatabahasa Arab Terapan 4
  • Tatabahasa Arab Terapan 5
  • Kritikan Karya Sastera Arab
  • Aplikasi Digital dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Arab
  • Kajian Bahasa Teks Al-Quran dan al-Hadith
  • Penulisan Intensif
  • Seni Pengucapan Awam
  • Literasi Budaya Arab
  • Penterjemahan Selari
  • Prinsip Penterjemahan Arab-Melayu
  • Penterjemahan Teks Sains Sosial dan Sastera Kreatif
  • Penterjemahan Media
  • Penterjemahan Teks Kudus dan Agama
  • Penyuntingan Terjemahan
  • Pengantar Pendidikan Bahasa Arab
  • Strategi Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Arab
  • Kemahiran Komunikasi untuk Tujuan Pengajaran Bahasa Arab
  • Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab
  • Pentaksiran dan Pengujian dalam Pengajaran Bahasa Arab
  • Kaedah Penyelidikan
  • Latihan Ilmiah 1
  • Latihan Ilmiah 2
  • Latihan Industri

 

Struktur Pengajian

Hubungi Kami

Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8100 / 8960
  fbk@unisza.edu.my
logo3d left

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

514085