Cetak

Kawan menjadi Lawan

Ditulis oleh Pentadbir.

Api bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Kes kebakaran biasanya berpunca daripada api terang dan api elektrik. Api boleh menyebabkan kemusnahan jiwa dan harta benda sekiranya tidak diambil langkah-langkah pencegahan. Pelbagai langkah pencegahan boleh diambil antaranya dengan menyediakan alat pemadam api, penggera bunyi asap dan sebagainya.

Itulah serba sedikit taklimat yang disampaikan oleh En. Jefry daripada Pertubuhan Pencegahan Kebakaran yang dijemput khas untuk memberikan taklimat tentang kebakaran. Program ini telah diadakan pada 22 April 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Ia dihadiri oleh staf Fakulti Bahasa dan Komunikasi bermula jam 10 pagi.

Program yang dimulai dengan penerangan tentang langkah-langkah pencegahan kebakaran itu diselangi dengan sesi soal jawab dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah. Program ini berakhir pada pukul 11.30 pagi.

 

|| Gambar ||