Cetak

Language and Cultural Day 2013

Ditulis oleh Pentadbir.

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin telah menganjurkan program Language and Cultural Day 2013 pada 9 Mei 2013 yang bertempat di Dataran Speaker’s Corner, UniSZA. Program yang berlangsung selama sehari itu dimeriahkan dengan pameran daripada pelbagai bahasa dan kebudayaan. Terdapat tujuh buah gerai pameran yang dibuka yang setiap satunya mewakili bahasa Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Thai, Bahasa Vietnam, Bahasa Arab dan Bahasa Jepun.

Objektif utama program ini ialah untuk memenuhi keperluan kreditasi bagi subjek Perancangan & Pengurusan Acara (BKE 4073: Events Management & Planning) di samping memupuk minat terhadap keindahan berbahasa serta kepelbagaian budaya dari seluruh dunia lantas mewujudkan keprihatinan pelajar terhadap nilai-nilai estatika bahasa serta budaya.

Antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang program itu ialah persembahan kebudayaan daripada Negara Thai, Vietnam, Jepun, Malaysia, China, Arab dan persembahan sajak serta puisi dalam Bahasa Inggeris.  Selain itu, terdapat juga kuiz bahasa dan kebudayaan di gerai-gerai pameran yang terlibat.  Para pelajar dan pengunjung  telah berpeluang menyaksikan demonstrasi masakan daripada pelbagai negara di setiap gerai pameran di samping dapat juga melihat demonstrasi pakaian tradisional di setiap gerai pameran terbabit. Program Language and Cultural Day 2013 ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Dekan FBK, Puan Hajjah Azizah binti Endut.

|| Gambar ||