Cetak

Japanese Is Easy

Ditulis oleh Pentadbir.

Fakulti Bahasa dan Linguistik telah mengadakan perkongsian Bahasa Jepun yang dikendalikan oleh Mr. Kazuki Iseno. Beliau merupakan guru bahasa Jepun FBL  yang berasal dari negara matahari terbit. Program yang telah berlangsung pada 24 Jun 2013 ini dihadiri oleh staf FBL. Dalam program ini, Mr. Kazuki telah berkongsi tentang asas-asas mempelajari bahasa Jepun daripada segi tatabahasa, cara sebutan dan sebagainya. Beliau juga menjelaskan tip untuk melancong ke negara kelahirannya. Program ini secara tidak langsung menarik minat mereka yang hadir untuk mempelajari pelbagai bahasa khususnya bahasa Jepun. "Arigato"

 

ll Galeri ll