Artikel

Cetak

ICL 2013 Meeting

Ditulis oleh Pentadbir.

 

 

Pada 26 hingga 29 Jun 2013, pihak Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan lawatan tapak (site visit) ke Phuket, Thailand, tempat di mana akan berlangsungnya International Conference on Languages 2013 pada 16 – 17 November 2013, anjuran bersama FBL dan Fakulti Sains Kemanusiaan dan Sains Sosial (HUSO), Universiti Prince of Songkla  (PSU), Pattani. Lawatan ini yang disertai oleh tiga orang staf akademik FBL, iaitu YM Engku Suhaimi Engku Atek, Dr. Zulazhan Ab. Halim, dan En. Rosdi Abdul Rahman bertujuan untuk melihat secara jelas kesesuaian tempat seminar akan berlangsung, iaitu Boat Lagoon Resort sebagai tempat penganjuran seminar bertaraf antarabangsa dan mempastikan kemudahan makanan halal dan sebagainya untuk peserta-peserta beragama Islam, terutamanya dari UniSZA. Di samping lawatan tersebut, pihak UniSZA juga telah mengadakan mesyuarat dengan pihak HUSO yang diketuai oleh Dr. Ruth Sittichai. Mesyuarat berkenaan bertujuan untuk mengemas kini dan melaporkan beberapa perkara berkaitan seminar yang akan diadakan. Hasil daripada lawatan ini, pihak UniSZA berpuas hati dengan pemilihan Boat Lagoon Resort sebagai tempat berlangsungnya seminar bertaraf antarabangsa yang akan mempromosikan FBL dan UniSZA di mata dunia.

 

ll Gambar ll