Print

Modern Language Olympiad (MLO) 2019

Written by Pentadbir.

6

 

Pada 29 Oktober sehingga 02 November 2019 Pusat Pengajian Bahasa Inggeris (PPBI), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah menghantar satu pasukan terdiri daripada seramai 11 orang pelajar ISM Bahasa Inggeris, ISM Bahasa Arab dan Diploma TESL untuk menyertai pertandingan Modern Language Olympiad (MLO) 2019.

Pertandingan ini merupakan anjuran Akademi Pengajian Bahasa (APB), Universiti Teknologi Mara, Kampus Shah Alam dan bertempat di Tingkat 2, Menara Sultan Abdul Aziz Shah, UiTM Shah Alam. Pertandingan ini melibatkan penyertaan daripada semua universiti awam, swasta dan antarabangsa.

Penganjuran MLO ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan belia, bahkan turut meraikan belia, bahasa dan kebudayaan yang ada.Objektif utama pertandingan ini adalah untuk meraikan golongan belia, bahasa dan kebudayaan. Pertandingan ini juga bertujuan mengasah kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan belia dan mencungkil bakat yang ada pada mereka. Selain itu, MLO ini turut menjadi medium interaksi antara para peserta yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

Pertandingan ini menyediakan pelbagai pengalaman baharu yang bakal menjadi manfaat kepada para peserta di masa hadapan nanti.Penganjuran pertandingan ini dilihat amat bermakna dan mendatangkan pelbagai faedah kepada semua pihak yang terlibat, terutama bagi para peserta. Pertandingan ini membolehkan para peserta keluar dari zon selesa and berkembang dalam cara yang mereka sendiri tidak tahu bahawa mereka mampu. Ia juga memberi motivasi kepada para peserta untuk terus berani menyahut cabaran.

 

ll Galeri ll

Print

Kerjasama Penganjuran Khidmat Komuniti Korporat – English Language Exposure

Written by Pentadbir.

Untitled-2

Program khidmat komuniti korporat dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah dianjurkan bagi mengambil inisiatif untuk meninjau keadaan semasa dan memahami corak berkomunikasi dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Program ini terbahagi kepada empat (4) siri bagi membolehkan pemerhatian dalam perkembangan kemampuan berkomunikasi (communicative competence) dalam kalangan murid di Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot.

Program ini bertujuan untuk meninjau tahap dan kemampuan berkomunikasi dalam kalangan murid sekolah rendah separa bandar (semi-urban) dalam daerah Kuala Nerus. Ia juga sebagai satu usaha mengenalpasti kesalahan tatabahasa ketika berkomunikasi lisan selain mendapat pandangan para murid tentang penggunaan teknologi dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Program ini juga menyelidik pandangan pantulan (student-buddies' reflection) tentang pengajaran berkomunikasi yang digunakan.

 

ll Galeri ll

Hasil daripada program komuniti ini telah membuahkan rangkaian video persembahan hasil kerja murid-murid dan perencanaan penyelidikan dalam siri ketiga dan keempat sebagai sebahagian dari program ini.

Print

Kerjasama Penganjuran Higher Education – English Language Carnival

Written by Pentadbir.

PORTAL

 

Revolusi Industri (IR) 4.0, iaitu satu era yang memberi penekanan kepada teknologi Artificial Intelligence, majikan pada masa akan datang tidak hanya menilai kelayakan akademik yang dimiliki oleh calon yang bakal diambil bekerja malah akan melihat kepada kemahiran insaniah calon tersebut seperti keupayaan calon untuk berfikir secara kritis dan kreatif, menyelesaikan masalah, serta berkomunikasi dengan baik terutamanya dalam bahasa Inggeris yang merupakan global lingua franca pada abad ke-21. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Higher Education – English Language Carnival 2019 (HE-ELCA 2019) untuk memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar universiti untuk meneroka, menggunakan bahasa Inggeris dan memberi ruang kepada mereka untuk meningkatkan minat dan usaha untuk memperkasa bahasa Inggeris.

Program ini memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa mempamerkan kompetensi mereka berbahasa Inggeris melalui aktiviti dan pertandingan yang dirancang. Ia juga satu medium untuk peserta mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan berkomunikasi dalam suasana menyeronokkan dan kompetitif dengan melibatkan mereka di dalam pelbagai pertandingan dan permainan bahasa.

Penganjuran karnival ini mendapat kerjasama daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Para peserta yang dipilih terdiri daripada pelajar-pelajar sarjana muda semua universiti awam yang mencapai keputusan Band 1 hingga 3 dalam Malaysian University English Test (MUET). Fasilitator yang dilantik pula terdiri daripada gabungan pelajar UMT dan UniSZA yang mendapat MUET Band 4 dan ke atas. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Western Dikir, Tense-o-Gram, Future Journalist, Viral Vlog, I Listen I Follow dan Lexical Run. Lokasi aktiviti adalah bertempat di UniSZA pada 24-25 September dan 26 September 2019 di UMT. Seramai 600 orang terlibat secara keseluruhan dalam menjayakan aktiviti ini.

Hasil daripada karnival ini telah menunjukkan satu kombinasi yang cemerlang antara UniSZA dan UMT dengan sokongan penuh daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Para peserta menunjukkan satu daya saing dan keterbukaan dalam meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris melalui aktiviti pengukuhan yang dianjurkan.

ll Galeri ll