Artikel

Cetak

Bengkel Asas Mendeley & Atlas.ti

Ditulis oleh Pentadbir.

Bengkel asas Mendeley dan Atlas.ti telah berlangsung dengan jayanya pada 26 September 2013. Bengkel yang bertempat di Makmal Komputer Fakulti Bahasa dan Komunikasi ini disertai oleh staf Universiti Sultan Zainal Abidin bermula jam 8.00 pagi sehingga 5 petang. Bengkel ini dirasmikan oleh Yg. Brs. Dr. Nazri bin Latiff Azmi.

Bengkel ini dikendalikan oleh tiga fasilitator iaitu Puan Alia Nabila binti Alias, Puan Misrah Hamisah binti Mohamed dan Cik Zurina binti Khairuddin.

Pada sesi pagi, bengkel dimulakan dengan penerangan tentang penggunaan Mendeley dalam Penyelidikan dan diteruskan pada sesi petang dengan perkongsian tentang penggunaan Atlas.ti.

Bengkel yang dianjurkan oleh FBK ini bertujuan menambah pengetahuan para peserta khususnya dalam aktiviti penulisan akademik.

 

ll Galeri ll

 

Sumber berita: Mohd Firdaus bin Yahaya

Cetak

Majlis Keraian Staf FBK

Ditulis oleh Pentadbir.

Fakulti Bahasa dan Komunikasi mengambil inisiatif untuk meraikan staf FBK yang akan tamat kontrak dan bertukat tempat bertugas dalam satu majlis yang telah diadakan pada 25 September 2013. Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat FBK ini dihadiri oleh semua staf FBK dan dirasmikan oleh Yg. Brs. Dr. Nazri bin Latiff Azmi, Dekan FBK.

Guru bahasa asing akan ditempatkan di Pusat Penataran Ilmu UniSZA dan mereka yang terlibat adalah Suwita Keeya, Siti Fatimoh Ibrohen, Nguyen Thi Hoa Mai dan Kazuki Iseno manakala dua guru bahasa Inggeris ditempatkan di UniSZA Kampus Tembila iaitu En. Mohd Suhaimi bin Abas dan En. Mohamad Muhaymein bin Ahmed Zawawi. Turut diraikan guru bahasa Vietnam, Tran Thi Chau Minh Hanh yang akan tamat kontrak di UniSZA.

Majlis yang bermula pada pukul 10 pagi ini diserikan dengan ucapan daripada mereka yang diraikan dan penyampaian cenderamata penghargaan.

 

 

ll Galeri ll

Cetak

"Retreat" Semakan Program Akademik FBK

Ditulis oleh Pentadbir.

Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah mengadakan “Retreat Semakan Program Akademik dan Perancangan Strategik FBK”  pada 19 hingga 21 September 2013, bertempat di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang. Retreat ini telah dirasmikan oleh Yg.Brs. Dr. Mohd Nazri bin Latiff Azmi, Dekan FBK.

Retreat ini melibatkan warga FBK yang terdiri daripada kalangan pensyarah  dan  staf sokongan fakulti. Para pensyarah yang hadir mewakili beberapa jawatankuasa khas yang dibentuk di bawah Jawatankuasa Semakan dan Penambahbaikan Akademik FBK.

Turut hadir dalam retreat ini ialah Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Bakat dan Kualiti Akademik (CTMAQ) UniSZA, Prof. Madya Dr. Wan Norhayate binti Wan Daud. Beliau dijemput khas untuk memberi penerangan berkenaan prosedur penawaran kursus baharu peringkat institusi pengajian tinggi.

Antara slot yang diisi dalam sepanjang retreat ialah sesi perbincangan dalam kumpulan mengenai SWOT fakulti, perancangan strategik fakulti dan pembentangan mengenai perancangan dan pelaksanaan daripada setiap jawatankuasa khas yang dilantik.

Penganjuran retreat ini merupakan satu usaha kolektif daripada setiap warga FBK dalam merancang pelan strategik fakulti hingga tahun 2015. Perancangan pelan strategik yang baik akan memberi kesan positif yang besar bagi memastikan fakulti dapat mencipta kecemerlangan dalam segenap aspek meliputi pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan khidmat komuniti. Kesemua ini perlu dirangka secara teliti bagi memastikan perjalanan urus tadbir fakulti bergerak seiring dengan visi dan misi UniSZA.

 

ll Galeri ll

 

Sumber berita: Mohd Fauzi bin Abdul Hamid

Disunting oleh: Mohd Shahrizal bin Nasir

Cetak

Minggu Mesra Siswa FBK

Ditulis oleh Pentadbir.

Pada 6 September 2013, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah mengadakan Minggu Mesra Siswa peringkat fakulti yang bertempat di Gelanggang Futsal dan Bilik Umar 01 & 02. Pada semester ini, FBK telah menerima seramai 98 orang pelajar yang terdiri daripada 19 orang pelajar ijazah Pengajian Bahasa Arab, 24 orang pelajar ijazah Pengajian Bahasa Inggeris dan bakinya adalah pelajar diploma TESL.

Pada sesi pagi, para pelajar telah berkumpul di Gelanggang Futsal seawal jam 7.30 pagi untuk sesi riadah dan latihan dalam kumpulan (LDK) bersama para fasilitator yang telah dilantik daripada kalangan pensyarah FBK. Manakala pada sesi petang, para pelajar diberi penerangan tentang fakulti serta program-program yang dijalankan sepanjang tahun di FBK. Struktur pengajian mereka selama berada di UniSZA turut dijelaskan oleh Ketua Pusat Pengajian masing-masing dalam sesi tersebut.

Perasmian Minggu Mesra Siswa peringkat FBK telah disempurnakan oleh Dekan FBK iaitu YBrs. Dr. Mohd Nazri bin Latiff Azmi. Turut menghadiri pada majlis perasmian tersebut adalah para pensyarah serta kakitangan sokongan FBK.

|| Galeri ||

 

Sumber berita: Mohd Firdaus bin Yahaya

Cetak

Mesyuarat Jurnal Fakulti

Ditulis oleh Pentadbir.

Jawatankuasa Penerbitan Jurnal Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) yang dipengerusikan oleh Puan Kamariah binti Yunus telah mengadakan satu mesyuarat untuk memurnikan kertas kerja cadangan penubuhan jurnal fakulti pada 5 September yang lepas. Jawatankuasa ini telah menjemput YBrs. Prof. Dr. Abdul Manaf bin Ali untuk berkongsi pandangan serta saranan dalam penambahbaikan kertas kerja cadangan tersebut. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr. Zulazhan bin Ab. Halim, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi FBK. Turut hadir dalam mesyuarat adalah YBrs. Dr. Mohd Nazri bin Latiff Azmi, Dekan FBK. Diharapkan usaha ini akan menggalakkan aktiviti penulisan dan penerbitan artikel ilmiah dalam kalangan ahli akademik dari FBK dan dari IPTA/S lain di Malaysia secara amnya.

 

ll Galeri ll

 

Sumber Berita: Mohd Shahrizal Nasir