Selamat datang ke laman web Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal AbidinFBK UniSZA
ย 

Pertanyaan?

09-668 8100 / 8960
ย 

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

๐…๐๐Š ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฅ๐ž๐ ๐š๐ฌ๐ข ๐”๐ˆ๐Š๐€ ๐ˆ๐ง๐๐จ๐ง๐ž๐ฌ๐ข๐š ๐›๐š๐ ๐ข ๐๐ž๐ซ๐›๐ข๐ง๐œ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฅ๐š๐›๐จ๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Universitas Ibnu Khaldun Bogor (UIKA), Indonesia pada petang ini. Lawatan ini membuka ruang untuk sesi perbincangan dua hala yang konstruktif melibatkan peluang kerjasama strategik dalam bidang pembelajaran, penyelidikan serta program khidmat komuniti antara kedua-dua institusi. FBK diwakili oleh Dekan fakulti, YBrs. Dr. Zurina Khairuddin, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan, YBrs. Dr. Norhayati Che Hat serta barisan pensyarah daripada pelbagai jabatan yang turut memberikan input bermakna sepanjang perbincangan berlangsung.
ย 
Delegasi UIKA turut berkongsi ilmu dan pengalaman mereka menerusi sesi bertajuk โ€œShared Wisdom: Cultural & Scholarly Talkโ€ yang berjaya mencetuskan inspirasi serta pertukaran pandangan ilmiah antara dua budaya akademik. Sesi ini menjadi medan kepada warga FBK untuk memperluas pemahaman terhadap aspek keilmuan dan kebudayaan Indonesia dalam konteks pengantarabangsaan pendidikan tinggi. FBK amat menghargai kesudian pihak UIKA menjalin hubungan akademik yang erat dan berharap jalinan ini akan diteruskan melalui pelaksanaan projek-projek kolaboratif pada masa hadapan.
ย 

Hubungi Kami

Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

ย  09-668 8100 / 8960
ย  fbk@unisza.edu.my
logo3d left

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

500537